Wednesday, October 28, 2009

Sambutan Hari Raya Sana Sini


Hari Raya kakitangan Faber
tempat: Faber tower tarikh: 9 Okt 2009

Sambutan Peringkat Faber secara kecil-kecilan telah diadakan walaupun hanya berbekalkan nasi briani gam Bangi berlaukkan ayam kampung, kambing dan daging kurma. Kakitangan TAB Faber sempat menggayakan baju raya terbaru dengan pelbagai fesyen terkini. Seperti biasa diakhiri dengan sessi fotografi berbagai aksi.





Hari Raya TAB peringkat KL
tempat: Cyber Ofis tarikh: 16 Okt 2009

Setelah beberapa tahun diadakan di Faber kini pihak pengurusan berkenan mengadakan majlis jamuan Hari Raya TAB di Cyber. Majlis yang diadakan sehari selepas sambutan Majlis Hari Raya TM di Royale Chulan Hotel pada hari sebelumnya. Walaupun tidak semeriah sambutan di Royale Chulan, Majlis sambutan rasmi TAB ini cukup meriah dengan pelbagai aksi & ragam kakitangan dengan pakaian berwarna warni. Jamuan yang disediakan juga agak memberangsangkan. Tetapi majlis semakin meriah menjelang sessi bergambar di beberapa tempat di dalam ofis, luar ofis, lif serta lobi TM kompleks.

Hari Raya TM peringkat Nasional tempat: The Royale Chulan Hotel
tarikh : 15 Okt 2009
Bertempat di The Royale Chulan Hotel, KL TM mengadakan sambutan Hari raya peringkat nasionalnya secara besar-besaran
. Majlis dimeriahkan dengan juadah pelbagai rasa serta band klasik undangan yang menyampaikan pelbagai lagu tradisional. Berbanding tahun sebelumnya yang kebiasaannya sambutan diadakan di lobi menara kita TM mencuba pengalaman baru dengan mengadakan majlis seumpamanya di tengah bandaraya KL. Antara tetamu VIP yang hadir termasuklan Bekas CEO Dato Abdul Wahid CEO-CEO GLC lain, Artis-artis jemputan dsb.

Semua aksi dan suasana jamuan untuk setiap majlis sempat dirakam dan boleh disaksikan melalui album gambar TAB.
Selamat menonton!

SMS Pilih Kasih - Sessi Taklimat Pkasih & Sessi Bergambar

Tarikh: Khamis 22 Okt 2009
Tempat: Faber Tower Office

Alhamdulillah setelah beberapa kali tertunda akhirnya team Suhan dan Emenem Display telah hadir ke sessi taklimat SMS Pilih Kasih.

Program Pilih Kasih yang disiarkan secara langsung selama 10 episod yang disiarkan di TV2 itu telah berakhir pada 15 hb Ogos lepas dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Khabarnya sambutan hangat yang diterima menaikkan program tersebut di atas tahta tertinggi pilihan penonton bagi program TV sepanjang bulan tersebut.

Sessi taklimat Perangkaan pendapatan SMS serta talian tetap dipengerusikan sendiri oleh CEO En Anuar Alias dan dibantu oleh beberapa orang kuat Pilih Kasih TAB antaranya En Hafizi sebagai BD Exec dan En Irwan selaku Pengurus Besar Projek.

Monday, October 12, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA-TABSB

Satu sessi jamuan peringkat TABSB akan diadakan di Ofis Cyber seperti dimaklumkan dalam email. Untuk tahun ini pihak pengurusan berkenan mengadakannya di Cyber memandangkan beberapa tahun sudah disambut di Faber. Jika tuan kalian masih ingat kita pernah adakan majlis yang sama di Lif Lobby tingkat 16 dan pada waktu itu ofis sebelah masih tidak berpenghuni...

Adalah diharapkan bersempena sambutan pada hari Jumaat ini kalian dapat hadir dengan memakai pakaian rasmi Hari Raya bersamping bersongkok dan sebagainya. Satu sessi photografi akan diadakan di perkarangan Komplek TM Cyberjaya.

Sekian harap maklum.
Selamat Hari Raya!

Thursday, October 8, 2009

Gambar Kenangan Aidilfitri 09

Sempena Aidilfitri yang baru berlalu, beberapa sambutan telahpun diadakan samada peringkat taman, kampung, pejabat dan sebagainya. Di Cyberjaya, pihak TM MSC telahpun mengadakan majlis sambutan aidilfitri pada 08 hb (Khamis) minggu lepas.

Pihak TAB yang telah bermurahati menjamu tetamu dengan 3000 cucuk Satay Kajang Hj Samuri berjaya menjadikan khemah kelolaan kita terhangat dipasaran. Sambutan luar dugaan telah diterima bermula jam 1100 pagi lagi. Tokey kedai yang terdiri daripada sdr Rezal, Mat Shah & Merso telah berhempas pulas menyediakan hidangan.

Khabarnya khemah kelolaan RND yang menyediakan 4 ekor kambing boer bersaiz giant juga mendapat sambutan hangat. Beberapa menu spesel telah dihidangkan antaranya Ais Kacang, Cendol Durian, Briani Gam, Buahan Tropika Mabeles dan banyak lagi. Pendekata jamuan pada hari tersebut sangat meriah dengan kedatangan ramai kakitangan TM Cyber serta beberapa orang jemputan TAB Faber yang sengaja mengadakan meeting di Cyber pada hari tersebut.

Klik pada gambar untuk melihat aksi lain...




CMMI- Progress Meeting Lepas Raya

Khamis 08/09/2009

Bermula jam 930 am dan dipengerusikan oleh Mel mesyuarat berlangsung selama lebih kurang 2jam di Cyberjaya Meeting Room. Pelbagai isu berkaitan CMMI dibincangkan termasuklah review terkini beberapa projek yang sedia ada serta projek baru antaranya TM Calling Card yang baru disenaraikan. Kehadiran terdiri daripada semua yang terlibat tetapi masih ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan beberapa hal lain.

Diharapkan kepada yang terlibat dapat menjayakan tugasan yang berkaitan bagi merealisasikan target 2009 iaitu CMMI Level 5.

Majlis kemudian disudahi dengan Jamuan Hari RND.

Tuesday, July 21, 2009

Diafah Restoran - Satu Penghargaan Awal

Jumaat lepas bertempat dia Restoren Arab Al-Diafah, Sri Petaling satu majlis makan-makan besar telah diadakan sempena penyenaraian akhir TAB sebagai sebuah syarikat 'Company of the Year 2009 TM' di dalam TM Group Award April lepas. Pihak syarikat yang memenangi cenderamata berupa sebuah tropi, sijil serta RM2000.

Alhamdulillah pihak syarikat telah bermuarah hati membelanja semua staff untuk menikmati juadah ARAB berdekatan stadium Bukit Jalil. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

Untuk itu disertakan bersama gambar2 sekitar majlis ini untuk ingatan bersama. Klik pada gambar.

Thursday, July 9, 2009

Penangan PK2

Assalamualaikum,



Kalau dah suka sesuatu rancangan itu, jangan kata apa-apa. Memang dah jadi fanatik pun. Itupun setelah puas dipujuk menonton barulah satu keluarga berminat dengan rancangan tersebut.

Begitulah gelagat sahabat-sahabat penulis yang sudah mula menjadi fans kepada rancangan PK. Apa itu PK? PK itu adalah singkatan kepada nama Pilih Kasih. Bak kata pepatah, genggam bara abu biar jadi arang, begitulah gelagat sahabat PK apabila fanatik sangat mengkritik rancangan berkenaan.

Sehingga sanggup untuk tidak lagi menonton PK gara-gara artis kesayangannya tersingkir pada minggu ketiga.

Apa yang menghairankan bila dah tak tengok PK berpaling tadah pula ke rancangan realiti yang lain iaitu AW. Apa itu AW? Lu pikirlah sendiri.... (saksikan gelagat sahabat penulis pada rakaman video yang dibuat)...

Adiosss...

Sunday, July 5, 2009

Penangan Pilih Kasih

Salam Semua,




Apalah rosyam ni... dah sampai 4 kali Zulin Aziz berada dikedudukan bottom 3 namun masih tidak dipilih untuk keluar dari rancangan Pilih Kasih.

Pilih bulu betul rosyam ni... dengar penulis komen seorang penonton semasa bertugas pada live show PK minggu kelima.

Itulah penangan realiti program. Ada yang berpuashati dan ada pula yang kecewa dengan pilihan pengundi-pengundi serta pilihan rosyam.

Dah namanya rancangan pilih kasihkan, nak salahkan siapa? memang betullah pilih kasih dan pilih bulu.

Namun menjelang minggu kelima rancangan ini sambutan makin hangat. Lihatlah video yang sempat penulis rakamkan. Dashyat wooooo... penuh tempat duduk dan riuh rendah suara penyokong masing-masing. Memang sememangnya hebat penangan realiti show ini.

Adiossss...

Saturday, May 16, 2009

Ketika Kejohanan...




TMNet, Cyber - Kejohanan Ping Pong Tertutup peringkat TM Cyberjaya telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei yang lalu.

Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan ini melibatkan seramai lebih kurang 50 pemain dari seluruh kakitangan TM cawangan Cyberjaya dan Putrajaya.

Memandangkan TAB mempunyai cawangan diKomplek TMNet, Cyberjaya maka seramai 7 pemain telah menyertai kejohanan kali ini.

Diantara pemain-pemain yang mewakili TAB adalah:

1. Rostam
2. Shamsur
3. Tarmizi
4. Rezal
5. Hairol
6. Haizam
7. Hafizi

Para pemain yang mewakili TAB kali ini bermain dengan penuh iqtizam dan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun sekadar mencatatkan keputusan berada diseparuh akhir bagi kategori bergu, namun semua pemain berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

Selamat maju jaya kepada pasukan ping pong pada kejohanan yang akan datang.

Wassalam

Friday, May 15, 2009

Menjelang Kejohanan



Menjelang kejohanan ping pong peringkat MSC Cyberjaya, dirakamkan gelagat beberapa pemain TAB berlatih.

Bermula awal tahun 2008 lagi, pihak TAB sudah menjalani latihan demi latihan bagi menghadapi kejohanan ini.

Semoga wakil-wakil TAB bakal membawa pulang sebutir piala pada kejohanan kali ini.

Selamat Berjuang!

Thursday, May 7, 2009



Warga TAB sekalian,

Jangan lupa saksikan program realiti Pilih Kasih 9 Mei ini (Sabtu) jam 8.30 malam di TV2!

Sessi Ujibakat Pilih Kasih di Alam Central, Shah Alam Sabtu dan Ahad ini. Pesanan dari Rosyam Nor sendiri sila hadir jam 3 ptg ke atas kalau nak bergambar . Bawa sedara mara bersama.

Jaket TAB


Setelah sekian lama menaruh harapan yang tinggi untuk mendapat jaket TAB sendiri untuk berwajah lebih segak dan kacak dari biasa, maka tepat JAM 10 pagi tadi tertunailah impian segenap warga TAB yang telah sekian lama menunggu detik menyarung JAKET Blue Black berlogokan cap TM. Design yang teristimewa berkonsep smart dressing buat kaum HAWA tidak dapat dinafikan. Apa komen anda setelah menyarung Jaket baru ini? Bagi penulis, terasa muda 10 tahun dan rasa terus nak bergambar..

Boling Kenangan Silam


Memandangkan bonus telahpun dapat disertakan dengan kenaikan (bagi yg bertuah)sehingga bulan 5 dan nak masuk bulan 6 masih belum ada lagi kedengaran akan diadakan aktiviti berkeluarga sesama kita. Justeru untuk mengenang kembali kita saksikan aksi boling terhebat oleh wakil cilik....

Wednesday, May 6, 2009

CATS FRS Workshop


Bertempat di Armada PJ dan berlangsung selama 2 hari, Satu workshop khas diadakan bersama pihak TM yang terlibat dalam projek CATS. Program ini berlangsung pada 28 - 29 April lepas.

Tuan penghulu Projek En Mfauzi bersama beberapa orang kuat projek terlibat memberi taklimat serta menjayakan bengkel FRS ini. Dibantu oleh Tn Hj Malek dan beberapa orang lain dari unit pembangunan perniagaan TABSB.

Kehadiran peserta seramai lebih kurang 20 orang ini berjaya merealisasikan proses awal sebelum UAT yang dijangka akhir bulan Mei ini.

Tahniah kepada yang terlibat. Satu lagi sumbangan pendapatan syarikat untuk tahun ini

Majlis Kahwin Adik pn Ezatul Ahad Ini

Pn Ezatul menjemput kita sekelian hadir majlis perkahwinan adik beliau Ahad ini di rumah mereka di Subang Jaya.

seperti dlm email:

Salam pada semua,

Saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua sahabat-sahabat di TABSB ke majlis perkahwinan adik saya pada 10 Mei 2009 di No. 14 Jalan SS 14/5A, Subang Jaya antara pukul 12 tgh - 4 ptg.

Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat akan memeriahkan lagi majlis kami.

Eza

Website Oh Website...

Port Dickson, 5 Mei - Satu sesi workshop dan brainstorming telah diadakan di Tiara Beach Resort bertujuan mengemaskini data serta memberikan imej baru kepada laman web syarikat.

Sesi workshop dan brainstorming yang diadakan selama 2 hari itu telah berjaya mencambahkan idea-idea baru didalam menghasilkan informasi-informasi terkini untuk dimuatkan didalam laman web berkenaan.

Kewujudan laman web ini diharapkan bakal memberikan satu nafas baru didalam mempromosikan produk-produk syarikat yang terkini.

"Insyaallah, pihak kami sentiasa akan mengemaskini data-data dilaman web berkenaan," kata Faiizal Maaris dalam satu sesi temuramah dengan wakil blog.

"Diharapkan website ini tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, hanya sekali diupdate selepas itu senyap," komen Rostam pula.

Sila nantikan kewujudan baru laman web syarikat di www.tab.com.my.

Adiossss...

Thursday, April 16, 2009

Majlis Pelancaran Rasmi Sistem iWatch Rabu Depan



Produk cemerlang 2008 TAB iaitu i-Watch yang pernah menggondol Anugerah Produk Terbaik tahun lalu bakal dilancarkan secara rasmi minggu depan di TM Shah Alam.

Acara ini akan dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai TM yang terlibat, RNO, staf & Pengurusan TABSB yang terlibat serta pihak berkuasa tempatan.

Menurut sumber terdekat, i-Watch akan sekali lagi dilancarkan di peringkat Negeri bermula Johor Baharu Mei depan.

Tahniah kepada TAB serta semua staf yang terlibat keseluruhannya di atas kejayaan i-Watch yang berjaya mengurangkan sejumlah besar pencurian cable TM di seluruh negara. Jutaan ringgit berjaya diselamatkan semenjak penggunaan sistem ini oleh TM.

TAHNIAH i-Watch

Wednesday, April 15, 2009

Kenangan Zaman Kegemilangan



Sebagai mengingatkan kembali nostalgia kegemilangan zaman aktif sukan TABSB suatu ketika dahulu, di sini kami paparkan aksi bolasepak yang pernah kita lalui dalam satu kejohanan liga terbesar di lembah kelang beberapa tahun dahulu.

Pasukan mantap TABSB dibawah kelolaan tuan pengerusi Kelab Komuniti, Sdr Shamsur dan dibawah bimbingan Sir Miji Fergesen selaku pengurus pasukan, kita melangkah gagah mengharungi pelbagai kejohanan peringkat tertinggi lembah kelang walaupun kejayaan terbaik hanya ke peringkat suku akhir Piala SSSM 2002 yang lalu.

Detik indah itu masih segar dalam ingatan sebahagian besar pemain yang masih tinggal di TAB. Justeru itu kita saksikanlah rakaman ini. Beberapa rakaman lain akan menyusul kemudian.

Sila lawati blog ini sedikit masa lagi untuk menyaksikan aksi lain pula yang akan melibatkan beberapa acara termasuk family day dan aksi team building.

Selamat berhibur!

Monday, April 13, 2009

iWatch - Masuk Final Tetapi Tak Menang

11 April, PWTC

Sekali lagi produk TAB tersenarai sebagai senarai final kategori innovation dalam TM Group Awards 2009. Selepas EZnett yang tersenarai tahun lalu kini giliran iWatch berpeluang untuk memenaginya tahun ini.

Majlis gilang gemilang yang berlangsung selama lebih 4 jam di PWTC itu diserikan dengan pelbagai aktiviti hiburan dan penyampaian pelbagai anugerah termasuk manager & executive of the year, innovation award dsb.

Agak mengecewakan iWatch gagal merangkul anugerah yang diharapkan memandangkan tiada pemenang diumumkan pada malam itu. Walaupun begitu wakil TAB sempat mengambil gambar bersama sijil & plak yang diterima untuk kenangan kita semua.

Syabas sekali lagi kepada team iWatch yang layak ke peringkat akhir itu

Sila klik gambar dibawah untuk melihat senarai penuh pemenang anugerah

Sunday, April 12, 2009

Pelancaran Rasmi Pilih Kasih

The Mines, 1 April

Pelancaran Rasmi & Sidang Media Program Pilih Kasih diadakan Palace Of The Golden Horses Seri Kembangan. Bermula jam 3 petang dihadiri semua yang terlibat penganjur program, RTM, Pengurus dan BD SMS Apps serta pihak media tempatan dan luar negara.

Bermula dengan sketsa pendek selama lebih kurang 15 minit dan diikuti dengan sessi soaljawab ringkas tentang program serta sistem undian SMS.

Lepas tu sessi fotografi, makan-makan dan kemudiannya soaljawab wartawan... pendekata pack lah jadual petang tuh.

Jadi untuk tatapan kalian yang tak hadir atau 'tak dapat hadir' sila klik gambar untuk kenangan.

Monday, March 16, 2009

Pilih Kasih : TAB Setapak ke Industri Hiburan

Seperti yang telah diketahui, 2009 bermulalah era TAB dalam industri komersial di mana projek perintis kelolaan Suhan Movies iaitu Program realiti TV PILIH KASIH akan mula ke udara pada 6hb Jun depan di TV2.

Sebagai orang penting projek ini, Sdr Hafizi nampaknya akan menurut jejak langkah rakan belajar beliau yang seorang demi seorang mula mencipta nama dalam industri ini. Bermula dengan FBI(Hot FM), Ayau (Melodi)dan beberapa nama lain, kini tiba giliran Kupem pula yang bakal keluar di akhbar2, majalah mahupun TV sebagai jurucakap TAB berkenaan sistem SMS dalam program itu nanti.

Program realiti TV pertama mencari bakat berlakon ini akan mula menjelajah seluruh tanahair melalui sessi ujibakat bermula minggu depan. Khabarnya Rosham sendiri akan menjadi juri utama disamping artis lain pada setiap minggu sebagai juri jemputan nanti.

Sehingga kini telah beberapa sessi mesyuarat telah diadakan di antara pihak terlibat yang akan menjayakan program ini. TAB sendiri terpilih sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendalikan sistem undian SMS dan talian tetap.

Kerja-kerja berkaitan pembangunan projek kini telah mula dijalankan di mana ramai di kalangan staf TAB yang hardcore SMS telah mula bergiat. Semoga projek ini berjaya cemerlang tanpa kantoi kerana siaran langsung program ini akan ditonton diseluruh Malaysia nanti.

Update berkaitan projek ini akan disiarkan dari masa ke semasa...

Selamat Majujaya!

Pancaindera 15 Mac - klik gambar untuk membaca

Tuesday, March 3, 2009

Lagi Jemputan Kahwin Pantai Dalam

Bagi mewakili Pn Norhayati HR kita kami menjemput anda sekelian hadir di malis perkahwinan adik beliau cik Noorrasidah Abu Hassan bertempat diPusat Komuniti Lembah Pantai dekat Pantai HillPark.

Adik beliau yang aktif aktiviti outdoor telah bersama TAB Adventure Team dalam beberapa event memanjat gunung beberapa kali dulu.

Majlis menyambut menantu tersebut yang dijadualkan pada Sabtu depan dianggarkan dihadiri beberapa VIP, selebriti serta sanak saudara rakan sekerja.

Majlis ini merupakan jemputan kali kedua dalam 2 minggu berturut-turut selepas majlis ijabkabul Pn Lindas minggu lalu.

Pn Yati dan seisi keluarga dengan besar hati menjemput saudara saudari sekelian ke majlis itu nanti. sila klik ikan dibawah untuk peta lokasi.

Kami mengucapkan selamat menyambut keluarga baharu ke dalam keluarga beliau.

Nasi Lemak Kesyukuran 2

Bertempat di pantry k Ton tgk 16 Menara 2, kakitangan yang bertugas di faber Tower telah dihidangkan nasi lemak sambal udang oleh Pn Sumiyati.

Kami di Faber mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Pn Sumiyati atas kesudian beliau menjamu sarapan pagi yang dahsyat ini.

Beliau yang juga sedang membawa budak dan dijadualkan melahirkan bayi kedua Jun ini tidak menyatakan sebab musababnya hanya menyatakan jamuan ini sekadar bersedekah di awal bulan.

Semoga selepas ini ada lagi jamuan seperti ini diadakan memandangkan khabarnya ramai staf yang telah menjual esos masing-masing.

Isnin & Tie/Tudung Korporat

Bermula Isnin lepas bermulalah penguatkuasaan tie & tudung korporat yang baru kepada kakitangan TM seluruh Malaysia. TAB sebagai anak syarikat juga termasuk dalam agenda korporat TM untuk tahun 2009 ini.

Berikutan dengan itu semua kakitangan adalah diwajibkan mengenakan tie serta tudung baru ini pada hari Isnin dan semasa berlangsung majlis formal dalaman dan luaran termasuk mesyuarat.

Sesiapa yang masih belum mendapat tie dan kain tudung oren TM yang baru, sila mengambilnya di unit HR atau Pn Rosmiah. Setiap anggota hanya layak mendapat satu tie atau tudung sahaja.

Thursday, February 26, 2009

Senarai Lengkap Produk Terbaik 2008

Berikut adalah senarai lengkap produk terpilih yang diberi anugerah khas mengikut kategori di dalam majlis dialog tempohari.

Tahniah kepada team members yang terlibat.

Semoga ianya memberi inspirasi kepada projek-projek lain yang sedang dalam pembangunan agar mengikut langkah terbaik ini.


On Time Delivery
  • i-WATCH
  • Mobile Number Portability
  • Pick & Choose
  • Rill Will Announcement

The highest Profit MarginRill Will Announcement

The most Profitablei-WATCH

The most profitable recurringVoicemail

Zero Defects at UAT IWATCH & Rill Will Announcement

Highest % OOADMobile Number Portability

CMMI L4 Achievement (Award Recipient List)

1) Melanie Foo Mei Lian
2) Ahmad Tarmizi Daud
3) Muhamad Irwan Omar
4) Ezatul Faizura Mustaffa Kamal Effendee
5) Nurul Husna Mahadzir
6) Sumiyati Mohd
7) Hartini Mohamed
8) Faris Ismail
9) Rohayah Ahmad
10) Faiza Rusrianti Tajul Arus

Tuesday, February 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Sdri Lindas

Dalam sibuk artis bernikah awal tahun ini, seorang artis dalaman TABSB pula bakal melangsungkan pernikahan.

Harzlinda binti Ithnin atau lebih mesra dipanggil Lindas bakal diijabkabul pada tanggal 28 Februari ini iaitu pada hari Sabtu bersamaan 2 Rabiulawal 1430 Hijriah. Majlis gilang-gemilang ini dijadualkan berlangsung di Taman Angkasa Pantai Dalam dengan dihadiri sandara mara dan sahabat handai.

Beliau menjemput semua warga TAB hadir kerana jamuan spesel menanti anda. Majis jamuan bermula jam 12 tgh hingga 4 ptg. Antara mercutanda arah ke rumah beliau adalah berhampiran balai polis lama atau di hadapan Pantai Permai atau lebih senang lagi iaitu berhampiran dengan teratak harmoni Pn Yati HR kita.

Beliau melahirkan rasa gumbiranya sepanjang temubual menyatakan bakal suami kedua beliau ini adalah warga Tumpat kelantan dan kini bertugas di KTM. Anak perempuan beliau sangat rapat dengan bakal ayahnya ini dan mereka sekeluarga khabarnya sedang berkira-kira untuk melancong ke luar negara sebagai sambutan berbulan madu sedikit masa lagi.

Kami semua warga TABSB mengucapkan TAHNIAH kepada beliau semoga bahagia ke akhir hayat. Bagi sesiapa yang akan hadir berikut adalah alamat penuh rumah pengantin:

611, Blok 6
Taman Angkasa Pantai Dalam.


Klik ikon utk melihat peta

Selamat Maju Jaya Faizah

Selepas berkhidmat lebih 8 tahun di TAB, beliau bakal beralih angin ke syarikat baru. Berkuatkuasa 23 Jan lalu selama 3 bulan beliau akan mula bercuti 16 Mac ini untuk membuat persediaan bekerja ditempat baru.

Pn Faizah Rusrianti yang merupakan staf TABSB yang sejak awal kemasukan hingga kini setia di Cyber dan merupakan Project Coordinator di bawah naungan En Shoib Harun.

Beliau juga adalah orang penting yang merupakan wakil khas yang dilantik untuk sebarang agihan diary, kalendar, angpow dan sebagainya. Ketiadaan beliau nanti masih sukar dicari ganti memandangkan sehingga kini masih tiada sukarela yang datang mendaftar untuk tujuan amal ini.

Beliau yang akan memulakan tugas di MITI pertengahan bulan depan akan menghadapi rutin baru di mana beliau yang selama ini sudah selesa bekerja di Cyberjaya kini terpaksa berulang dari rumah beliau di Kajang ke Jalan Duta.

'Dengan tempoh perjalanan yang panjang serta parkir berbayar disampng kos bahanapi serta tol sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perbelanjaan harian...'katanya.

Beliau juga sempat menyampaikan pesan supaya diampunkan salah dan silap dan halalkan makan dan minum sepanjang tempoh berkhidmat di sini.

Kita semua mengharapkan agar beliau lebih cemerlang di tempat baru dan semoga anda akan lebih berbahagia sentiasa.

Semalamat Maju Jaya

Monday, February 23, 2009

Nasi Lemak Kesyukuran

Alhamdulillah. Semua warga TABSB Faber mengucapkan terima kasih kepada Pn Marina atas sumbangan beliau nasi lemak ayam berempah pada pagi tadi.

Beliau yang sempat ditemubual menyatakan rasa syukurnya kerana bayi kecilnya selamat sihat selepas ditahan lebih kurang seminggu di wad Hospital Tawakkal kerana ceret-beret baru-baru ini.

Berikutan kejayaan cemerlang beliau menjual sebahagian sahamnya pada harga yang agak tinggi iaitu rm3.25 beliau khabarnya akan membelanjakan sebahagiannya untuk menggayakan kain Tudung generasi baru yang sedang popular sekarang ini iaitu Tudung Ekin dan Tudung Permaisuri.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan sesiapa lagi yang telahpun selamat menjual esos boleh berbuat demikian atau setidak-tidaknya sebungkus nasi lemak pengalas perut di waktu pagi.

Terima Kasih Marina

CMMI - Level 5 : Kick Off Meeting

Bertempat di bilik mesyuarat ting 16 Faber Tower, semua EPG yang lama dan baru dilantik telah hadir bagi mendengar taklimat khas yang dipengerusikan oleh Melanie Foo Mei Lian yang juga merupakan LM yang bertanggungjawab merealisasikan target 2009 ini.

Antara yang dibentangkan ialah kalendar aktiviti sepanjang tahun ini, pegawai khas yang dilantik serta hal-hal lain yang berkaitan.

Selepas pelancaran khas CMMI Level 5 semasa sessi Komunikasi TABSB minggu lalu ini merupakan mesyuarat pertama sebelum sebarang aktiviti yang dijadualkan berlangsung.

Diharap sesiapa yang telah dan baru dilantik dapat memberikan kerjasama penuh agar matlamat Level 5 ini dapat direalisasikan sebelum hujung tahun ini.

Wednesday, February 18, 2009

TV, Kenaikan gaji & Bonus - Pihak Pengurusan Menjawab Persoalan

Pembuka tirai 2009 dengan menganjurkan sessi komunikasi & dialog pengurusan dan kakitangan disambut baik oleh kakitangan TABSB dimana dianggarkan seramai 93% kehadiran.

Majlis yang bermula agak lewat sedikit dari jadual kemudiannya berjalan lancar dengan ucapan pembukaan arah tuju syarikat serta pelancaran CMMI level 5 yang disampaikan oleh En Anuar Alias. Pelbagai topik penting berkaitan tahap prestasi syarikat serta fokus 2009 telah diterangkan dengan panjang lebar.


Untuk CMMI level 5 yang akan menjadi fokus utama agenda 2009 telah disampaikan oleh Melanie dengan menyatakan objektif khas serta kakitangan yang dilantik untuk menjayakannya pada tahun ini.


Majlis kemudiannya bersambung selepas semua yang terlibat menjamah jamuan yang disediakan. Sessi Q&A mendapat sambutan hangat di mana semua soal berkaitan keperluan pejabat, jumlah mainpower serta kenaikan pangkat dan gaji turut diutarakan.

Antara agenda penting yang menjadi tarikan utama majlis kali ini iaitu penganugerahan Sijil Penghargaan Khas yang diberikan kepada pihak yang terlibat dalam kejayaan syarikat sepanjang tahun lepas. Pelbagai pengiktiarafan termasuk Projek Paling Menguntungkan, Group Projek Terbaik, Pekerja Terbaik, Projek Manager Terbaik dan sebagainya. Senarai Lengkap akan dipaparkan sedikit masa lagi. Tahniah kepada yang menang!

Majlis yang diMCkan oleh pn Ezatul serta didoakan oleh sdr Gunx berakhir sekitar jam 6 petang. Pihak pengurusan berjaya menjawab beberapa persoalan yang diajukan dan ada diantaranya menunggu keputusan positif dan sangat-sangat diharapkan. Antaranya skala gaji kakitangan, kadar bonus tahunan serta Family Day yang sememangnya merupakan soalan popular di majlis sebegini.


Terima kasih kepada yang menanyakan soalan. Pihak pengurusan mengalu-alukan sebarang kemusykilan dan soalan di masa-masa akan datang. Juga terima kasih kepada pihak penganjur yang berjaya mengadakan majlis ini walaupun diberi notis di saat akhir.

Pingpong Persahabatan Dengan Opus - Pertarungan Sengit

Bagi merealisasikan pertandingan persahabatan pingpong Faber-Cyber, pasukan pingpong Faber telah mengadakan satu pertandingan persahabatan pingpong pemanas badan dengan team Opus, tkt 7.

Perlawanan 5 lawan 5 itu telah di aturkan oleh Tn Hj Malek Aziz dengan wakil Opus sdr Hairi dan dimulakan tepat jam 6 pm di Lift Arena Tkt 7.


Wakil pertama yang merupakan regu terhebat Faber iaitu sdr Rostam dan Haizam telah memulakan langkah garang seawal 5 mata pertama. Malangnya selepas itu mereka agak sedikit goyah memandang Team Opus yang kelihatan tenang sambil mempamerkan skil tahap dewa dengan hantaran pelbagai corak dan super spin. Team Tamo-Haizam ini akhirnya tunduk 2 set straight.

[Saksikan aksi super dari pasukan lawan dalam foto]

Team kedua mengambil tempat iaitu sdr Faiizal-Badang. Team ini merupakan team harapan kerana mereka memang dikenali dengan skil pukulan bunuh top spin backhand serta tamparan pimple berapi. Selepas beberapa pukulan nampaknya mereka juga kelihatan amat goyah bila mana semua hikmat yang cuba ditunjukkan tidak menjadi. Mereka kehilangan arah menyebabkan mereka juga turut tewas 2 set straight.


Sandaran seterusnya gandingan sdr Shamsur-Hj Malek mengambil tempat selepas pasukan import opis sebelah berjaya menewaskan team Opus staright set. Berbekalkan semangat yakin boleh mereka memulakan rentak melawan kental dengan pukulan backhand terkejut beberapa kali. Malangnya gandingan ini turut kecundang straight set sehinggalah pasangan harapan Faber terakhir masuk dengan seribu harapan. Mereka ialah sdr Haizam-Kroll. Mmmmmm....


... tak perlu ulas.... juga kecundang...


Sesungguhnya perlawanan ini merupakan pendedahan pertama dan sangat penting memandangkan status jaguh kampung tidak akan membawa kita kemana-mana. Kurang pengalaman menyebabkan wakil Faber agak gemuruh serta tak ketahuan bila pasukan lawan memberi tentangan berbeza dengan membawa setiap perlawanan secara rally serta asakan dengan corak pukulan pelbagai. Ternyata pasukan lawan cukup berpengalaman dan hanya memberi 30% tentangan.


Pihak penganjur akan mengadakan lagi beberapa perlawanan persahabatan sedikit masa lagi dan diharap sesiapa yang mempunyai team luar yang berminat bolehlah dipanjangkan kepada sdr Shamsur untuk dibuat perkiraan selanjutnya.


Selamat Maju Jaya!

Thursday, February 12, 2009

Program Komunikasi Telekom Applied Business

Seperti yang anda sedia maklum, TAB julung kalinya pada tahun 2009 akan menganjurkan satu program komunikasi kepada semua anggota TAB pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh: 18hb Februari 2009
Masa: 3.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat: Cyberview Lodge Resort & Spa

Marilah sama-sama memeriahkan program itu nanti.

Bengkel eCert

Satu bengkel khas penggunaan eCert sedang dijalankan oleh unit pembangunan produk eSecurity diketuai oleh sdr Rostam di Kolej Multimedia jalan Semarak bermula minggu lepas. Bengkel beberapa hari ini dihadiri oleh bakal-bakal trainer dari seluruh negara terdiri dari kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif pelbagai bahagian.

Sdr Rostam yang dihubungi semalam menyatakan rasa bangganya atas komitment tinggi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat. Seramai lebih 30 orang hadir pada sessi pertama kelolaannya Isnin lepas. Bengkel yang turut di dikendalikan oleh sdr Shaiful, Ayin dan cik Alini ini telahpun masuk minggu kedua di mana lebih 100 orang telahpun diberi latihan khusus dan terperinci penggunaan eCert sebelum mereka kembali ke jabatan masing-masing untuk selanjutnya mengajar rakan sekerja mereka nanti.

Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal diawal sessi bilamana sistem mula tidak stabil kerana terpaksa memproses lebih 50 aktiviti serentak kemudiannya dapat diatasi dengan kepakaran tenaga pengajar serta developer yang sememangnya sudah bersedia jika berhadapan dengan sebarang masalah.

Bengkel ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan dan dijangka lebih ramai lagi akan hadir melebihi 150 orang dimana 3 kelas akan berjalan serentak.

Good Luck kepada semua yang terlibat. Diharap selepas ini segala perancangan ke arah menjadikan produk eCert di terimapakai sepenuhnya oleh TM akan dapat direalisasikan sebelum Jun tahun ini.

TAHNIAH!

Wednesday, February 4, 2009

Pengumuman: Terima Kasih Dermawan Palestin

Pihak urusetia kutipan Tabung Derma Palestin mengucapkan Setinggi-tinggi terima kasih kerna kesudian tuan puan menghulurkan sumbangan dalam tabung kutipan Derma Palestin yang dianjurkan sebelum ini.

Syukur kerana kita berjaya membuat kutipan sebanyak RM450 dan telahpun diserahkan kepada Aman Palestin Berhad.

Diharap perjuangan kita tidak berhenti setakat ini. Ianya penting bagi kesinambungan perjuangan menentang Israel pada setiap masa dan ketika. Buatlah sebarang usaha yang dirasakan perlu walaupun terpaksa berhenti merosakkan kesihatan dengan merokok kerana sesungguhnya hasil rokok memang diketahui menyumbang terus ke ekonomi yahudi.

Penggunaan eCert Untuk Staf

Selepas mesyuarat pengurusan pada hari Rabu lepas, pihak pengurusan memutuskan akan mengaplikasikan penggunaan sijil ecert kepada setiap anggota pada email syarikat. Justeru itu semua urusan berkaitan penggunaan email syarikat hendaklah menggunakan kemudahan ecert ini sepenuhnya.

Satu taklimat penggunaa ecert akan dibuat sedikit masa lagi. Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda bolehlah melawat laman web eSecurity untuk muaturun dan installation.

Anda juga boleh mengikuti kelas installation ecert oleh Pn Ezatul dengan melihat video tutorial ini. Sila klik di sini:

Tutorial Video

Jaket 10 Tahun TAB Sedia Untuk Tempahan

Bersempena ulangtahun ke 10 penubuhan TAB, pihak syarikat berkenan menghadiahkan cenderahati berupa Jaket khas semi-formal kepada semua staf. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memperkenankannya.

Bermula pada minggu ini sessi mengukur badan telahpun dijalankan di Faber. Mejoriti staf Faber telahpun diukur badan-badan mereka. Satu lagi sessi mengukur badan akan diadakan di Cyberjaya pada hari Khamis minggu depan iaitu 12 haribulan. Kepada staf TAB yang berkenaan sila hadirkan diri tepat jam 10 pagi kerana Sdr Shamsur akan berada disana untuk melancarkan sessi tersebut.

Sementara menunggu imbuhan tahunan (insyaallah) yang biasanya muncul February atau Mac setiap tahun, di harap jaket ini memberi inspirasi dan semangat awal tahun untuk kita bekerja lebih kuat pada tahun ini.

Diharap beri kerjasama sepenuhnya semasa sessi ukur badan ini bagi memudahkan urusan tempahan supaya ianya dapat awal sedikit kerana urusan menjahit memakan masa sekitar 2 atau 3 minggu untuk disiapkan.

Sebarang masalah berkaitan sila rujuk kepada sdr Shamsur atau Hairol di Faberjaya.

Monday, January 19, 2009

Jom Futsal!

Sebagai memenuhi aktiviti mingguan sdr Azhari mengajak anda semua join bersama ahlil ex-TAB yang lain bermain futsal.

Aktiviti yang bermula minggu ini dijadualkan akan menjadi aktiviti mingguan dan kehadiran rakan semua sangatlah dialu-alukan.

Di samping bersukan ianya merupakan aktiviti sosial yang boleh memanjangkan lagi hubungan dengan rakan-rakan ex-TAB yang dah lama tak berjumpa.

Bermulapada hari esok (RABU) 21 jan 2009 jam 9 - 10 malam di Megah Futsal Centre, Sg. Ramal Dalam.

Antara rakan lama yang akan hadir ialah sdr Baber, Labu, Azizul, Shah, Haizam dan lain-lain.

Semoga aktiviti ini semakin menyihatkan kita semua seisi keluarga terutama yang lelaki. Yang wanita sila ajak suami anda join sama.



Restoren Baru Di Cyber


Nih Info Cyber nak tunjuk kat korang restoren baru kat sini...Yo lah..sini x mcm Faber..x byk pilihan

Nama restorennyer Indian Kitchen

Menu...of kos la indian food
Rasa??? herm..biasa jer kot..standard jer kot
Rege??? Ntah ler...mcm Secret Recipe kot...
Location??? Street Mall...dolu2 JFZ (kedai sedara Dun/Roni)

So...kalo geng2 Faber nak tuko selera..jemput la poie erk..!



Thursday, January 15, 2009

tips hilangkan mengantuk

ips hilangkan mengantuk kat ofis

tips kurang ngantuk kt ofis
kalau dah stress atau mengantuk sangat kat opis, amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..

ikut la arahan betul2…
Photobucket ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

Photobucket tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

Photobucket wa..wa.. aaa..!!

Photobucket gerak kekanan kemudian ke kiri..

Photobucket gerak ke kiri kemudian ke kanan
Photobucket ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
Photobucket tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..

Photobucket dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..

Photobucket kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masaalah…

Photobucket buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..

Photobucket hilangkan semua stress..
Photobucket pusingkan kepala…

Photobucket tengok muka kat cermin, sambil goyang2.. lawa tak…?
Photobucket akhir sekali, buat joget kucing…

kalau tak hilang juga….
ambil bantal kecik gi tidur kat surau..