Thursday, February 12, 2009

Bengkel eCert

Satu bengkel khas penggunaan eCert sedang dijalankan oleh unit pembangunan produk eSecurity diketuai oleh sdr Rostam di Kolej Multimedia jalan Semarak bermula minggu lepas. Bengkel beberapa hari ini dihadiri oleh bakal-bakal trainer dari seluruh negara terdiri dari kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif pelbagai bahagian.

Sdr Rostam yang dihubungi semalam menyatakan rasa bangganya atas komitment tinggi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat. Seramai lebih 30 orang hadir pada sessi pertama kelolaannya Isnin lepas. Bengkel yang turut di dikendalikan oleh sdr Shaiful, Ayin dan cik Alini ini telahpun masuk minggu kedua di mana lebih 100 orang telahpun diberi latihan khusus dan terperinci penggunaan eCert sebelum mereka kembali ke jabatan masing-masing untuk selanjutnya mengajar rakan sekerja mereka nanti.

Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal diawal sessi bilamana sistem mula tidak stabil kerana terpaksa memproses lebih 50 aktiviti serentak kemudiannya dapat diatasi dengan kepakaran tenaga pengajar serta developer yang sememangnya sudah bersedia jika berhadapan dengan sebarang masalah.

Bengkel ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan dan dijangka lebih ramai lagi akan hadir melebihi 150 orang dimana 3 kelas akan berjalan serentak.

Good Luck kepada semua yang terlibat. Diharap selepas ini segala perancangan ke arah menjadikan produk eCert di terimapakai sepenuhnya oleh TM akan dapat direalisasikan sebelum Jun tahun ini.

TAHNIAH!

0 comments: