Thursday, December 25, 2008

MENARIK DI MENARA KUALA LUMPUR!

Dengan hanya RM 38 untuk dewasa dan RM 28 untuk kanak-kanak, anda akan dapat merasai suasana Krismas di ‘Outdoor Winter Park’, memberi peluang kepada anak-anak anda bergembira di ‘Animal Zone’ dan merasai pengalaman memandu kereta lumba Formula 1 di ‘F1 Simulator Zone’. Semuanya terdapat di Menara Kuala Lumpur!

Jadi apa ditunggu lagi, inilah masanya untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa perlu berbelanja besar sambil berhibur. Jom ke Menara Kuala Lumpur sekarang sebelum terlambat!


Sila klik pada gambar untuk keterangan lanjut.


Bagi pihak Menara Kuala Lumpur

Komunikasi Korporat Kumpulan

Telekom Malaysia Berhad

Pengumuman: Kembalikan Semula Projektor Ditempat Simpanan

2 unit projektor milik syarikat (yang dibawah seliaan Unit Marketing) telah didapati tidak dikembalikan di tempat asal. Pihak Unit Pembangunan dan Pemasaran berharap sesiapa yang telah mengambil dan menggunakan projektor-projektor tersebut agar dapat mengembalikannya semula di tempat asalnya secepat mungkin. Masalah kehilangan projektor ini agak serius di mana setiap kali mesyuarat penting akan diadakan biasanya ofis akan menjadi kicoh kerana setiap orang akan menjadi sasaran pertanyaan dimana projektor tersebut.

Justeru itu diharap jika ianya berada di dalam simpanan mereka yang berkenaan, sila kembalikan ditempat asalnya secepat mungkin atau terus berhubung dengan sdr Hairol untuk dimaklumkan. Di samping itu juga kerap kedapatan projektor ditinggalkan dibilik meeting/bilik meeting 2 Faber dengan dibiarkan begitu sahaja tanpa dikemaskan (ditinggalkan begitu sahaja).

Semoga tahun 2009 akan datang perkara seumpama ini akan dapat diatasi dengan setiap yang menggunakannya lebih bertanggungjawab dengan memulangkannya dengan kadar segera. Kerjasama anda sangat2 diharapkan.

Sunday, December 21, 2008

ESWL



Extracorporeal shock wave lithotripsy (ESWL) uses shock waves to break a kidney stone into small pieces that can more easily travel through the urinary tract and pass from the body.

See a picture of ESWL.

  • You lie on a water-filled cushion, and the surgeon uses X-rays or ultrasound tests to precisely locate the stone. High-energy sound waves pass through your body without injuring it and break the stone into small pieces. These small pieces move through the urinary tract and out of the body more easily than a large stone.
  • The process takes about an hour.
  • You may receive sedatives or local anesthesia.
  • Your surgeon may use a stent when your stones are larger than 2.5 cm (1 in.) . A stent is a small, short tube of flexible plastic mesh that holds the ureter open. This helps the small stone pieces to pass without blocking the ureter.

What To Expect After Treatment

ESWL is usually an outpatient procedure. You go home after the treatment and do not have to spend a night in the hospital.

It may take a few days or weeks for all the stone fragments to pass from your body. You may have mild pain as the small fragments pass through the urinary tract.

Why It Is Done

ESWL may be used on people with a kidney stone that is causing pain or blocking the urine flow. Stones that are between 4 mm (0.16 in.) and 2 cm (0.8 in.) in diameter are most likely to be treated with ESWL.

ESWL may work best for kidney stones in the kidney, not in the ureter. It may be harder for ESWL to break up a stone that has moved into the ureter, although this is still possible. Your surgeon may try to push the stone back into the kidney with a small instrument (ureteroscope) and then use ESWL.

ESWL usually is not used if you:

  • Are pregnant. The sound waves and X-rays may be harmful to the fetus.
  • Have a bleeding disorder.
  • Have a kidney infection, urinary tract infection, or kidney cancer.
  • Have kidneys with abnormal structure or function.

How Well It Works

After ESWL, stone fragments usually pass in the urine for a few days and cause mild pain. If you have a larger stone, you may need more ESWL or other treatments.

ESWL machines can be low- or high-energy. Low-energy machines cause less discomfort, but you may need more treatments before the stone is broken into pieces small enough to pass.

For 9 out of every 10 patients with kidney stones smaller than 10 mm (0.4 in.) —either in the kidney or in the ureter—ESWL gets rid of all the stone or leaves only small fragments that don't cause any symptoms.1

ESWL does not replace the need for the preventive treatment of kidney stones, such as drinking a lot of fluids.

Risks

Complications of ESWL include:

  • Pain caused by the passage of stone fragments.
  • Blocked urine flow as a result of stone fragments becoming stuck in the urinary tract. The fragments may then need to be removed with a ureteroscope.
  • Urinary tract infection.
  • Bleeding around the outside of the kidney.

Infoblast Dalam Pakej SME Wang TM

Memetik rencana khas ruangan Ekonomi Berita Harian 18 Disember lepas, TM sedang dalam rangka promosi besar-besaran menawarkan pakej ICT kepada semua IKS seluruh Malaysia. Pakej khas yang dikenali sebagai SME Wang menawarkan penyelesaian sehenti yang merangkumi perkhidmatan suara, jalur lebar dan khidmat nilai tambah.

Pakej merangkumiSME Wang Voice, SME Wang Broadband dan SME Wang VAS (nilai tambahan). Yang paling menarik ialah produk emas TAB iaitu Infoblast yang ditawarkan dalam pakej SME VAS. Perkhidmatan iklan sebaran percuma dalam waktu promosi ini dijangka akan menambahkan lagi bilangan pengguna Infoblast dalam waktu terdekat.

TAHNIAH kepada pasukan kakitangan TAB yang terlibat menjayakan projek ini. Terutama team Sdr Tarmizi yang telahpun bertungkus-lumus sepanjang tahun ini bagi merealisasikan idea serta inovasi yang satu ini.

Diharap akan lebih banyak lagi produk TAB yang bakal menggegar di pasaran menjelang tahun 2009 akan datang.


Klik untuk membaca laporan penuh

Kalendar 2009 Kini Sedang Edarkan

Selepas Diary 2009 kini kalendar pula sedang diedarkan. Seperti biasa kepada sesiapa yang masih belum mendapatkan naskah anda sila berbuat demikian melalui wakil kami sdr Hairol di Faber Tower dan pn Faizah di Cyberjaya ofis. Cepat sementara stok masih ada!

Wednesday, December 17, 2008

K Ton Menyambut Menantu Ke 3

Tanggal 3 januari depan, rumah K Ton buat kali ke 3 akan sekali lagi dikunjungi oleh rombongan pengantin perempuan menantu beliau dari Masai Johor. Anaknya, Kamarul Bahrin yang merupakan anak bongsu akan memulakan sessi bersanding yang pertama minggu hadapan di rumah pengantin perempuan di Masai, JB. Dengar khabar seluruh taulan & sahabat handai akan mengiringi pengantin dari KL dengan disertai sebuah bas, 3 buah mpv, & 8 buah kereta ke JB.

K Ton yang sempat dihubungi petang tadi menyatakan rasa seronok teramat sangat sambil menjemput rakan sekerja di TAB supaya hadir untuk majlis menyambut pada 3 hb Januari nanti di rumahnya di Teratak Muhibbah, Taman Desa. Butiran lengkap ada disertakan di kad jemputan yang telah pun diedarkan sebelum ini.

Semoga semakin ceria lagi kehidupan beliau sekeluarga dengan kehadiran seorang lagi menantu baru ini. Kami mendoakan agar segera dikurniakan cucu dan murah rezeki.

Diary 2009 - Kini Sudah Diedarkan

Pengumuman kepada semua staf, diary baru 2009 TM sudahpun mula diedarkan bermula minggu ini. Sesiapa yang masih belum mendapatkan naskah anda sila berhubung dengan en Hairol (Faber) atau pn Faizah(cyber). Satu unit diary untuk seorang sama sebelum tahun -tahun sebelum ini.

Sireh Pulang

Beliau yang kelihatan segak bertali leher seawal 7.30 pagi sudah menjejakkan kaki ke Faber Towers. Sambil membaca suratkhabar minggu lepas (pasal The Star hari ni belum sampai) beliau tekun membaca.

Beliau ketika ditanya perasaannya menyatakan begitu gembira dan sudah tidak sabar ingin memulakan tugas barunya di kompeni lamanya ini.

Beliau yang bakal memulakan tugas dibawah Tn Hj Malek dalam unit BD akan mengambilalih sebahagian besar projek kelolaan sdr Azhari disamping projek-projek baru yang bakal tiba di tahun 2009 akan datang.

Tatkala sebahagian besar staf TAB menghabiskan cuti tahunan tidak kurang juga yang terpaksa bercuti sakit serta bersalin, beliau memulakan hari baru beliau bersama TAB dengan semangat baru. Setelah lebih kurang 3 tahun bertugas di syarikat luar kini beliau kembali ke TAB untuk sama berjuang memajukan syarikat kesayangan kita ini.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau semoga bekerja dengan bersungguh-sungguh. Insyaallah

Friday, December 12, 2008

Hafizi Selamat Menjalani Pembedahan

Sdr Hafizi selamat menjalani pembedahan kecil batu karang di hospital Darul Ehsan Medical Center (DEMC) Shah Alam semalam.

Pembedahan tersebut yang berlangsung selama lebih kurang 4 jam bermula jam 11 pagi itu berjaya menyelesaikan masalah batu karang yang baru dikesan semenjak dimasukkan ke hospital akibat sakit perut akut pagi Isnin lepas.

Beliau yang sempat dihubungi pagi tadi menyatakan rasa bersyukurnya selepas semuanya selesai dengan baik walaupun pening dan loya masih terasa. Isteri beliau sentiasa menemani sepanjang tempoh pembedahan tersebut.

Beliau yang mendapat cuti rehat kecemasan dijangkakan akan mengambil MC sebih kurang seminggu sebelum cergas untuk menjalankan tugas semula.

Semoga beliau akan cepat sembuh dan akan dapat bekerja semula secepat mungkin.

Rosmiah Cuti Bersalin

Puan Rosmiah selamat melahirkan bayi keduanya pada 25hb November lepas secara normal. Bayi lelaki ini selamat dilahirkan di Hospital Tawakkal KL. Beliau yang sekarang sedang menghabiskan tempoh berpantang khabarnya kini berada di kampung halamannya di Trengganu.

Kami mengucapkan selamat bercuti. Berita kerkini akan kita siarkan selepas beliau kembali bertugas Mac depan.