Friday, December 12, 2008

Hafizi Selamat Menjalani Pembedahan

Sdr Hafizi selamat menjalani pembedahan kecil batu karang di hospital Darul Ehsan Medical Center (DEMC) Shah Alam semalam.

Pembedahan tersebut yang berlangsung selama lebih kurang 4 jam bermula jam 11 pagi itu berjaya menyelesaikan masalah batu karang yang baru dikesan semenjak dimasukkan ke hospital akibat sakit perut akut pagi Isnin lepas.

Beliau yang sempat dihubungi pagi tadi menyatakan rasa bersyukurnya selepas semuanya selesai dengan baik walaupun pening dan loya masih terasa. Isteri beliau sentiasa menemani sepanjang tempoh pembedahan tersebut.

Beliau yang mendapat cuti rehat kecemasan dijangkakan akan mengambil MC sebih kurang seminggu sebelum cergas untuk menjalankan tugas semula.

Semoga beliau akan cepat sembuh dan akan dapat bekerja semula secepat mungkin.

0 comments: