Sunday, December 21, 2008

Infoblast Dalam Pakej SME Wang TM

Memetik rencana khas ruangan Ekonomi Berita Harian 18 Disember lepas, TM sedang dalam rangka promosi besar-besaran menawarkan pakej ICT kepada semua IKS seluruh Malaysia. Pakej khas yang dikenali sebagai SME Wang menawarkan penyelesaian sehenti yang merangkumi perkhidmatan suara, jalur lebar dan khidmat nilai tambah.

Pakej merangkumiSME Wang Voice, SME Wang Broadband dan SME Wang VAS (nilai tambahan). Yang paling menarik ialah produk emas TAB iaitu Infoblast yang ditawarkan dalam pakej SME VAS. Perkhidmatan iklan sebaran percuma dalam waktu promosi ini dijangka akan menambahkan lagi bilangan pengguna Infoblast dalam waktu terdekat.

TAHNIAH kepada pasukan kakitangan TAB yang terlibat menjayakan projek ini. Terutama team Sdr Tarmizi yang telahpun bertungkus-lumus sepanjang tahun ini bagi merealisasikan idea serta inovasi yang satu ini.

Diharap akan lebih banyak lagi produk TAB yang bakal menggegar di pasaran menjelang tahun 2009 akan datang.


Klik untuk membaca laporan penuh

0 comments: