Thursday, December 25, 2008

Pengumuman: Kembalikan Semula Projektor Ditempat Simpanan

2 unit projektor milik syarikat (yang dibawah seliaan Unit Marketing) telah didapati tidak dikembalikan di tempat asal. Pihak Unit Pembangunan dan Pemasaran berharap sesiapa yang telah mengambil dan menggunakan projektor-projektor tersebut agar dapat mengembalikannya semula di tempat asalnya secepat mungkin. Masalah kehilangan projektor ini agak serius di mana setiap kali mesyuarat penting akan diadakan biasanya ofis akan menjadi kicoh kerana setiap orang akan menjadi sasaran pertanyaan dimana projektor tersebut.

Justeru itu diharap jika ianya berada di dalam simpanan mereka yang berkenaan, sila kembalikan ditempat asalnya secepat mungkin atau terus berhubung dengan sdr Hairol untuk dimaklumkan. Di samping itu juga kerap kedapatan projektor ditinggalkan dibilik meeting/bilik meeting 2 Faber dengan dibiarkan begitu sahaja tanpa dikemaskan (ditinggalkan begitu sahaja).

Semoga tahun 2009 akan datang perkara seumpama ini akan dapat diatasi dengan setiap yang menggunakannya lebih bertanggungjawab dengan memulangkannya dengan kadar segera. Kerjasama anda sangat2 diharapkan.

0 comments: