Wednesday, October 28, 2009

Sambutan Hari Raya Sana Sini


Hari Raya kakitangan Faber
tempat: Faber tower tarikh: 9 Okt 2009

Sambutan Peringkat Faber secara kecil-kecilan telah diadakan walaupun hanya berbekalkan nasi briani gam Bangi berlaukkan ayam kampung, kambing dan daging kurma. Kakitangan TAB Faber sempat menggayakan baju raya terbaru dengan pelbagai fesyen terkini. Seperti biasa diakhiri dengan sessi fotografi berbagai aksi.





Hari Raya TAB peringkat KL
tempat: Cyber Ofis tarikh: 16 Okt 2009

Setelah beberapa tahun diadakan di Faber kini pihak pengurusan berkenan mengadakan majlis jamuan Hari Raya TAB di Cyber. Majlis yang diadakan sehari selepas sambutan Majlis Hari Raya TM di Royale Chulan Hotel pada hari sebelumnya. Walaupun tidak semeriah sambutan di Royale Chulan, Majlis sambutan rasmi TAB ini cukup meriah dengan pelbagai aksi & ragam kakitangan dengan pakaian berwarna warni. Jamuan yang disediakan juga agak memberangsangkan. Tetapi majlis semakin meriah menjelang sessi bergambar di beberapa tempat di dalam ofis, luar ofis, lif serta lobi TM kompleks.

Hari Raya TM peringkat Nasional tempat: The Royale Chulan Hotel
tarikh : 15 Okt 2009
Bertempat di The Royale Chulan Hotel, KL TM mengadakan sambutan Hari raya peringkat nasionalnya secara besar-besaran
. Majlis dimeriahkan dengan juadah pelbagai rasa serta band klasik undangan yang menyampaikan pelbagai lagu tradisional. Berbanding tahun sebelumnya yang kebiasaannya sambutan diadakan di lobi menara kita TM mencuba pengalaman baru dengan mengadakan majlis seumpamanya di tengah bandaraya KL. Antara tetamu VIP yang hadir termasuklan Bekas CEO Dato Abdul Wahid CEO-CEO GLC lain, Artis-artis jemputan dsb.

Semua aksi dan suasana jamuan untuk setiap majlis sempat dirakam dan boleh disaksikan melalui album gambar TAB.
Selamat menonton!

SMS Pilih Kasih - Sessi Taklimat Pkasih & Sessi Bergambar

Tarikh: Khamis 22 Okt 2009
Tempat: Faber Tower Office

Alhamdulillah setelah beberapa kali tertunda akhirnya team Suhan dan Emenem Display telah hadir ke sessi taklimat SMS Pilih Kasih.

Program Pilih Kasih yang disiarkan secara langsung selama 10 episod yang disiarkan di TV2 itu telah berakhir pada 15 hb Ogos lepas dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Khabarnya sambutan hangat yang diterima menaikkan program tersebut di atas tahta tertinggi pilihan penonton bagi program TV sepanjang bulan tersebut.

Sessi taklimat Perangkaan pendapatan SMS serta talian tetap dipengerusikan sendiri oleh CEO En Anuar Alias dan dibantu oleh beberapa orang kuat Pilih Kasih TAB antaranya En Hafizi sebagai BD Exec dan En Irwan selaku Pengurus Besar Projek.

Monday, October 12, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA-TABSB

Satu sessi jamuan peringkat TABSB akan diadakan di Ofis Cyber seperti dimaklumkan dalam email. Untuk tahun ini pihak pengurusan berkenan mengadakannya di Cyber memandangkan beberapa tahun sudah disambut di Faber. Jika tuan kalian masih ingat kita pernah adakan majlis yang sama di Lif Lobby tingkat 16 dan pada waktu itu ofis sebelah masih tidak berpenghuni...

Adalah diharapkan bersempena sambutan pada hari Jumaat ini kalian dapat hadir dengan memakai pakaian rasmi Hari Raya bersamping bersongkok dan sebagainya. Satu sessi photografi akan diadakan di perkarangan Komplek TM Cyberjaya.

Sekian harap maklum.
Selamat Hari Raya!

Thursday, October 8, 2009

Gambar Kenangan Aidilfitri 09

Sempena Aidilfitri yang baru berlalu, beberapa sambutan telahpun diadakan samada peringkat taman, kampung, pejabat dan sebagainya. Di Cyberjaya, pihak TM MSC telahpun mengadakan majlis sambutan aidilfitri pada 08 hb (Khamis) minggu lepas.

Pihak TAB yang telah bermurahati menjamu tetamu dengan 3000 cucuk Satay Kajang Hj Samuri berjaya menjadikan khemah kelolaan kita terhangat dipasaran. Sambutan luar dugaan telah diterima bermula jam 1100 pagi lagi. Tokey kedai yang terdiri daripada sdr Rezal, Mat Shah & Merso telah berhempas pulas menyediakan hidangan.

Khabarnya khemah kelolaan RND yang menyediakan 4 ekor kambing boer bersaiz giant juga mendapat sambutan hangat. Beberapa menu spesel telah dihidangkan antaranya Ais Kacang, Cendol Durian, Briani Gam, Buahan Tropika Mabeles dan banyak lagi. Pendekata jamuan pada hari tersebut sangat meriah dengan kedatangan ramai kakitangan TM Cyber serta beberapa orang jemputan TAB Faber yang sengaja mengadakan meeting di Cyber pada hari tersebut.

Klik pada gambar untuk melihat aksi lain...




CMMI- Progress Meeting Lepas Raya

Khamis 08/09/2009

Bermula jam 930 am dan dipengerusikan oleh Mel mesyuarat berlangsung selama lebih kurang 2jam di Cyberjaya Meeting Room. Pelbagai isu berkaitan CMMI dibincangkan termasuklah review terkini beberapa projek yang sedia ada serta projek baru antaranya TM Calling Card yang baru disenaraikan. Kehadiran terdiri daripada semua yang terlibat tetapi masih ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan beberapa hal lain.

Diharapkan kepada yang terlibat dapat menjayakan tugasan yang berkaitan bagi merealisasikan target 2009 iaitu CMMI Level 5.

Majlis kemudian disudahi dengan Jamuan Hari RND.