Monday, January 19, 2009

Jom Futsal!

Sebagai memenuhi aktiviti mingguan sdr Azhari mengajak anda semua join bersama ahlil ex-TAB yang lain bermain futsal.

Aktiviti yang bermula minggu ini dijadualkan akan menjadi aktiviti mingguan dan kehadiran rakan semua sangatlah dialu-alukan.

Di samping bersukan ianya merupakan aktiviti sosial yang boleh memanjangkan lagi hubungan dengan rakan-rakan ex-TAB yang dah lama tak berjumpa.

Bermulapada hari esok (RABU) 21 jan 2009 jam 9 - 10 malam di Megah Futsal Centre, Sg. Ramal Dalam.

Antara rakan lama yang akan hadir ialah sdr Baber, Labu, Azizul, Shah, Haizam dan lain-lain.

Semoga aktiviti ini semakin menyihatkan kita semua seisi keluarga terutama yang lelaki. Yang wanita sila ajak suami anda join sama.



Restoren Baru Di Cyber


Nih Info Cyber nak tunjuk kat korang restoren baru kat sini...Yo lah..sini x mcm Faber..x byk pilihan

Nama restorennyer Indian Kitchen

Menu...of kos la indian food
Rasa??? herm..biasa jer kot..standard jer kot
Rege??? Ntah ler...mcm Secret Recipe kot...
Location??? Street Mall...dolu2 JFZ (kedai sedara Dun/Roni)

So...kalo geng2 Faber nak tuko selera..jemput la poie erk..!



Thursday, January 15, 2009

tips hilangkan mengantuk

ips hilangkan mengantuk kat ofis

tips kurang ngantuk kt ofis
kalau dah stress atau mengantuk sangat kat opis, amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..

ikut la arahan betul2…
Photobucket ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

Photobucket tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

Photobucket wa..wa.. aaa..!!

Photobucket gerak kekanan kemudian ke kiri..

Photobucket gerak ke kiri kemudian ke kanan
Photobucket ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
Photobucket tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..

Photobucket dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..

Photobucket kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masaalah…

Photobucket buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..

Photobucket hilangkan semua stress..
Photobucket pusingkan kepala…

Photobucket tengok muka kat cermin, sambil goyang2.. lawa tak…?
Photobucket akhir sekali, buat joget kucing…

kalau tak hilang juga….
ambil bantal kecik gi tidur kat surau..

Monday, January 12, 2009

Anak Tahun Baru ~ Che Wan


Assalamualaikum..

Info dari Cyber.....Che Wan Habibi, telah selamat melahirkan seorang Puteri pada 1 Januari 2009 di Hospital Pakar An Nur Hasanah, Bangi.



Alhamdulillah kedua-duanya sihat.

Tahniah dr kami semua n selamat berpantang!

Salam.

Err..tuan rumah...leh gua-lu gua-lu tak kat sini ?

Sunday, January 11, 2009

Peluang Duit Saku di 1 Ekpressi

Perhatian kepada kakifoto sekelian, satu pertandingan fotografi bertemakan senibina sedang dianjurkan oleh Majalah Sensasi 1 Ekspresi keluaran Corporate Comm. Hadiah menarik berupa wang saku sebanyak RM500 menanti pemenang-pemenang. Tema 'senibina' dipilih untuk keluaran akan datang dan tarik tutup penyertaan adalah pada 15 januari ini.
Cepat!

Disamping itu anda juga berpeluang menghantar nukilan karya seperti Sajak, anekdot, lukisan – Tunjukkan bakat kreatif dan hantarkan sumbangan anda!

Sila klik pada gambar di sebelah untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba


Friday, January 9, 2009

Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang

KUALA LUMPUR - Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara awal malam tahun baru yang lalu.

Hakikatnya sehingga hari ini masih ramai lagi yang mengambil sikap sambil lewa dengan arahan tersebut.

Untuk mengetahui penjelasan terperinci berkaitan kempen ini sila klik link di bawah. Pelbagai maklumat berkaitan kempen, syarat, statistik, penguatkuasaan dsb terkandung di dalamnya. Layari sekarang untuk panduan bersama.


Klik di sini

Wednesday, January 7, 2009

Tabung Derma Palestin Peringkat TAB Dilancar

Satu Tabung Khas bagi membantu mangsa kekejaman Israel di Palestin akan dilancarkan bagi mengumpul dana bantuan. Tabung derma peringkat TAB ini diwujudkan bagi memeberi peluang staf TAB yang ingin membantu rakyat Palestin dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang dan ianya bolehlah diserahkan di dalam tabung bergerak yang mula diedarkan di Faber Tower dan Cyberjaya bermula hari ini.

Maklumat lanjut atau kemusykilan boleh berhubung terus dengan En Hairol di Faber atau En Mat Gunx di Cyberjaya. Semoga bantuan tuan puan dapat meringankan lagi sengsara yang kini dihadapi oleh seluruh rakyat Palestin yang khabarnya hidup dalam keadaan yang sangat tertekan.

Maklumat lanjut saudara boleh melayari laman blog:
http://dermapalestin.blogspot.com/

Sekian

Menantu Baru Kak Ton

Tanggal 3 Januari hari Sabtu minggu lalu K Ton sekeluarga selamat menyambut menantu baru dengan mengadakan majlis kenduri di Teratak Muhibbah, Taman Desa.

Majlis ini merupakan majlis kedua selepas beliau sekeluarga bertandang ke Masai, Johor pada minggu sebelumnya di rumah pengantin perempuan. Majlis meriah ini dengarnya merupakan majlis kedua terbesar pernah diadakan di Johor selepas Majlis perkahwinan MAWI pada hujung tahun 2008 yang lalu.

Antara staf TAB yang sempat hadir termasuklah En Anuar & isteri, En Rezal sekeluarga, En Hafizi serta beberapa orang lain termasuk beberapa staf UEM Faber.

Kami sekeluarga mengucapkan selamat berbahagia kepada kedua mempelai serta K Ton sekeluarga semoga kehadiran menantu baru ini akan lebih membahagiakan lagi keluarga En Katis sekeluaga.

Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu!

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Tahun baru 2009

Suka. Duka
Manis. Pahit
Asam Garam.
Berlalu

Disambut lagi
meriah. gembira.
azam baru. sambung azam. tekad
jauh pandang.
hijau...saujana
peluang. ruang

yang lalu
baru...
baru kahwin
baru menimang cahaya
baru menyambut menantu...baru!

duka
terlantar
projek menghimpit
demam. sakit. tension...pecah batu
tumbang!
hai... macam2

tinggal....
phoenix bangkit
tinggal silam
kayuh laju...tekad

Selamat di tahun baru! Jangan pandang belakang