Wednesday, January 7, 2009

Menantu Baru Kak Ton

Tanggal 3 Januari hari Sabtu minggu lalu K Ton sekeluarga selamat menyambut menantu baru dengan mengadakan majlis kenduri di Teratak Muhibbah, Taman Desa.

Majlis ini merupakan majlis kedua selepas beliau sekeluarga bertandang ke Masai, Johor pada minggu sebelumnya di rumah pengantin perempuan. Majlis meriah ini dengarnya merupakan majlis kedua terbesar pernah diadakan di Johor selepas Majlis perkahwinan MAWI pada hujung tahun 2008 yang lalu.

Antara staf TAB yang sempat hadir termasuklah En Anuar & isteri, En Rezal sekeluarga, En Hafizi serta beberapa orang lain termasuk beberapa staf UEM Faber.

Kami sekeluarga mengucapkan selamat berbahagia kepada kedua mempelai serta K Ton sekeluarga semoga kehadiran menantu baru ini akan lebih membahagiakan lagi keluarga En Katis sekeluaga.

Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu!

1 comments:

Anonymous said...

va va va pasangan merpati 2 sejoli (yg berdiri tuh huhuhu..) semoga kekal ke akhir talian hayat!!!