Wednesday, December 17, 2008

Sireh Pulang

Beliau yang kelihatan segak bertali leher seawal 7.30 pagi sudah menjejakkan kaki ke Faber Towers. Sambil membaca suratkhabar minggu lepas (pasal The Star hari ni belum sampai) beliau tekun membaca.

Beliau ketika ditanya perasaannya menyatakan begitu gembira dan sudah tidak sabar ingin memulakan tugas barunya di kompeni lamanya ini.

Beliau yang bakal memulakan tugas dibawah Tn Hj Malek dalam unit BD akan mengambilalih sebahagian besar projek kelolaan sdr Azhari disamping projek-projek baru yang bakal tiba di tahun 2009 akan datang.

Tatkala sebahagian besar staf TAB menghabiskan cuti tahunan tidak kurang juga yang terpaksa bercuti sakit serta bersalin, beliau memulakan hari baru beliau bersama TAB dengan semangat baru. Setelah lebih kurang 3 tahun bertugas di syarikat luar kini beliau kembali ke TAB untuk sama berjuang memajukan syarikat kesayangan kita ini.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau semoga bekerja dengan bersungguh-sungguh. Insyaallah

0 comments: