Friday, April 16, 2010

Selamat Tinggal TAB

Semalam pihak syarikat telah berkenan menganjurkan satu jamuan khas perpisahan untuk 2 orang kakitangan TAB yang senior. Jamuan tengahari yang agak berat serta pemberian cenderahati menghiasi majlis. Pn Ayin dan Pn Ezatul adalah merupakan kakitangan terawal TAB selepas generasi secondees TM sebelum itu. Kedua-dua mereka yang berkhidmat melebihi 10 tahun sememangnya sudah masak dengan persekitaran serta suasanan bekerja TAB.

Kita mengucapkan selamat majujaya kepada mereka semoga mereka akan lebih cemerlang dan berjaya di masa akan datang.

1 comments:

Eza said...

Terima kasih kepada penganjur majlis dan semua yang turut serta. Terlalu banyak yang hendak dikata, tapi semalam semuanya terbuku dalam dada. Sebak sampai tidak terkata.