Satu sessi jamuan peringkat TABSB akan diadakan di Ofis Cyber seperti dimaklumkan dalam email. Untuk tahun ini pihak pengurusan berkenan mengadakannya di Cyber memandangkan beberapa tahun sudah disambut di Faber. Jika tuan kalian masih ingat kita pernah adakan majlis yang sama di Lif Lobby tingkat 16 dan pada waktu itu ofis sebelah masih tidak berpenghuni...
Adalah diharapkan bersempena sambutan pada hari Jumaat ini kalian dapat hadir dengan memakai pakaian rasmi Hari Raya bersamping bersongkok dan sebagainya. Satu sessi photografi akan diadakan di perkarangan Komplek TM Cyberjaya.
Sekian harap maklum.
Selamat Hari Raya!
Monday, October 12, 2009
Thursday, October 8, 2009
Gambar Kenangan Aidilfitri 09
Posted on 11:54 PM in by Pengurus Laman
Sempena Aidilfitri yang baru berlalu, beberapa sambutan telahpun diadakan samada peringkat taman, kampung, pejabat dan sebagainya. Di Cyberjaya, pihak TM MSC telahpun mengadakan majlis sambutan aidilfitri pada 08 hb (Khamis) minggu lepas.Pihak TAB yang telah bermurahati menjamu tetamu dengan 3000 cucuk Satay Kajang Hj Samuri berjaya menjadikan khemah kelolaan kita terhangat dipasaran. Sambutan luar dugaan telah diterima bermula jam 1100 pagi lagi. Tokey kedai yang terdiri daripada sdr Rezal, Mat Shah & Merso telah berhempas pulas menyediakan hidangan.
Khabarnya khemah kelolaan RND yang menyediakan 4 ekor kambing boer bersaiz giant juga mendapat sambutan hangat. Beberapa menu spesel telah dihidangkan antaranya Ais Kacang, Cendol Durian, Briani Gam, Buahan Tropika Mabeles dan banyak lagi. Pendekata jamuan pada hari tersebut sangat meriah dengan kedatangan ramai kakitangan TM Cyber serta beberapa orang jemputan TAB Faber yang sengaja mengadakan meeting di Cyber pada hari tersebut.
Klik pada gambar untuk melihat aksi lain...
CMMI- Progress Meeting Lepas Raya
Posted on 11:23 PM in by Pengurus Laman
Khamis 08/09/2009Bermula jam 930 am dan dipengerusikan oleh Mel mesyuarat berlangsung selama lebih kurang 2jam di Cyberjaya Meeting Room. Pelbagai isu berkaitan CMMI dibincangkan termasuklah review terkini beberapa projek yang sedia ada serta projek baru antaranya TM Calling Card yang baru disenaraikan. Kehadiran terdiri daripada semua yang terlibat tetapi masih ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan beberapa hal lain.
Diharapkan kepada yang terlibat dapat menjayakan tugasan yang berkaitan bagi merealisasikan target 2009 iaitu CMMI Level 5.
Majlis kemudian disudahi dengan Jamuan Hari RND.
Tuesday, July 21, 2009
Diafah Restoran - Satu Penghargaan Awal
Posted on 9:03 PM in by Pengurus Laman
Jumaat lepas bertempat dia Restoren Arab Al-Diafah, Sri Petaling satu majlis makan-makan besar telah diadakan sempena penyenaraian akhir TAB sebagai sebuah syarikat 'Company of the Year 2009 TM' di dalam TM Group Award April lepas. Pihak syarikat yang memenangi cenderamata berupa sebuah tropi, sijil serta RM2000.Alhamdulillah pihak syarikat telah bermuarah hati membelanja semua staff untuk menikmati juadah ARAB berdekatan stadium Bukit Jalil. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.
Untuk itu disertakan bersama gambar2 sekitar majlis ini untuk ingatan bersama. Klik pada gambar.
Thursday, July 9, 2009
Penangan PK2
Posted on 12:59 AM in by wakil blok 3
Assalamualaikum,
Kalau dah suka sesuatu rancangan itu, jangan kata apa-apa. Memang dah jadi fanatik pun. Itupun setelah puas dipujuk menonton barulah satu keluarga berminat dengan rancangan tersebut.
Begitulah gelagat sahabat-sahabat penulis yang sudah mula menjadi fans kepada rancangan PK. Apa itu PK? PK itu adalah singkatan kepada nama Pilih Kasih. Bak kata pepatah, genggam bara abu biar jadi arang, begitulah gelagat sahabat PK apabila fanatik sangat mengkritik rancangan berkenaan.
Sehingga sanggup untuk tidak lagi menonton PK gara-gara artis kesayangannya tersingkir pada minggu ketiga.
Apa yang menghairankan bila dah tak tengok PK berpaling tadah pula ke rancangan realiti yang lain iaitu AW. Apa itu AW? Lu pikirlah sendiri.... (saksikan gelagat sahabat penulis pada rakaman video yang dibuat)...
Adiosss...

Sunday, July 5, 2009
Penangan Pilih Kasih
Posted on 6:27 AM in by wakil blok 3
Salam Semua,
Apalah rosyam ni... dah sampai 4 kali Zulin Aziz berada dikedudukan bottom 3 namun masih tidak dipilih untuk keluar dari rancangan Pilih Kasih.
Pilih bulu betul rosyam ni... dengar penulis komen seorang penonton semasa bertugas pada live show PK minggu kelima.
Itulah penangan realiti program. Ada yang berpuashati dan ada pula yang kecewa dengan pilihan pengundi-pengundi serta pilihan rosyam.
Dah namanya rancangan pilih kasihkan, nak salahkan siapa? memang betullah pilih kasih dan pilih bulu.
Namun menjelang minggu kelima rancangan ini sambutan makin hangat. Lihatlah video yang sempat penulis rakamkan. Dashyat wooooo... penuh tempat duduk dan riuh rendah suara penyokong masing-masing. Memang sememangnya hebat penangan realiti show ini.
Adiossss...

Saturday, May 16, 2009
Ketika Kejohanan...
Posted on 6:23 PM in by wakil blok 3
TMNet, Cyber - Kejohanan Ping Pong Tertutup peringkat TM Cyberjaya telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei yang lalu.
Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan ini melibatkan seramai lebih kurang 50 pemain dari seluruh kakitangan TM cawangan Cyberjaya dan Putrajaya.
Memandangkan TAB mempunyai cawangan diKomplek TMNet, Cyberjaya maka seramai 7 pemain telah menyertai kejohanan kali ini.
Diantara pemain-pemain yang mewakili TAB adalah:
1. Rostam
2. Shamsur
3. Tarmizi
4. Rezal
5. Hairol
6. Haizam
7. Hafizi
Para pemain yang mewakili TAB kali ini bermain dengan penuh iqtizam dan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun sekadar mencatatkan keputusan berada diseparuh akhir bagi kategori bergu, namun semua pemain berpuas hati dengan pencapaian tersebut.
Selamat maju jaya kepada pasukan ping pong pada kejohanan yang akan datang.
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)