Thursday, May 7, 2009



Warga TAB sekalian,

Jangan lupa saksikan program realiti Pilih Kasih 9 Mei ini (Sabtu) jam 8.30 malam di TV2!

Sessi Ujibakat Pilih Kasih di Alam Central, Shah Alam Sabtu dan Ahad ini. Pesanan dari Rosyam Nor sendiri sila hadir jam 3 ptg ke atas kalau nak bergambar . Bawa sedara mara bersama.

Jaket TAB


Setelah sekian lama menaruh harapan yang tinggi untuk mendapat jaket TAB sendiri untuk berwajah lebih segak dan kacak dari biasa, maka tepat JAM 10 pagi tadi tertunailah impian segenap warga TAB yang telah sekian lama menunggu detik menyarung JAKET Blue Black berlogokan cap TM. Design yang teristimewa berkonsep smart dressing buat kaum HAWA tidak dapat dinafikan. Apa komen anda setelah menyarung Jaket baru ini? Bagi penulis, terasa muda 10 tahun dan rasa terus nak bergambar..

Boling Kenangan Silam


Memandangkan bonus telahpun dapat disertakan dengan kenaikan (bagi yg bertuah)sehingga bulan 5 dan nak masuk bulan 6 masih belum ada lagi kedengaran akan diadakan aktiviti berkeluarga sesama kita. Justeru untuk mengenang kembali kita saksikan aksi boling terhebat oleh wakil cilik....

Wednesday, May 6, 2009

CATS FRS Workshop


Bertempat di Armada PJ dan berlangsung selama 2 hari, Satu workshop khas diadakan bersama pihak TM yang terlibat dalam projek CATS. Program ini berlangsung pada 28 - 29 April lepas.

Tuan penghulu Projek En Mfauzi bersama beberapa orang kuat projek terlibat memberi taklimat serta menjayakan bengkel FRS ini. Dibantu oleh Tn Hj Malek dan beberapa orang lain dari unit pembangunan perniagaan TABSB.

Kehadiran peserta seramai lebih kurang 20 orang ini berjaya merealisasikan proses awal sebelum UAT yang dijangka akhir bulan Mei ini.

Tahniah kepada yang terlibat. Satu lagi sumbangan pendapatan syarikat untuk tahun ini

Majlis Kahwin Adik pn Ezatul Ahad Ini

Pn Ezatul menjemput kita sekelian hadir majlis perkahwinan adik beliau Ahad ini di rumah mereka di Subang Jaya.

seperti dlm email:

Salam pada semua,

Saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua sahabat-sahabat di TABSB ke majlis perkahwinan adik saya pada 10 Mei 2009 di No. 14 Jalan SS 14/5A, Subang Jaya antara pukul 12 tgh - 4 ptg.

Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat akan memeriahkan lagi majlis kami.

Eza

Website Oh Website...

Port Dickson, 5 Mei - Satu sesi workshop dan brainstorming telah diadakan di Tiara Beach Resort bertujuan mengemaskini data serta memberikan imej baru kepada laman web syarikat.

Sesi workshop dan brainstorming yang diadakan selama 2 hari itu telah berjaya mencambahkan idea-idea baru didalam menghasilkan informasi-informasi terkini untuk dimuatkan didalam laman web berkenaan.

Kewujudan laman web ini diharapkan bakal memberikan satu nafas baru didalam mempromosikan produk-produk syarikat yang terkini.

"Insyaallah, pihak kami sentiasa akan mengemaskini data-data dilaman web berkenaan," kata Faiizal Maaris dalam satu sesi temuramah dengan wakil blog.

"Diharapkan website ini tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, hanya sekali diupdate selepas itu senyap," komen Rostam pula.

Sila nantikan kewujudan baru laman web syarikat di www.tab.com.my.

Adiossss...

Thursday, April 16, 2009

Majlis Pelancaran Rasmi Sistem iWatch Rabu Depan



Produk cemerlang 2008 TAB iaitu i-Watch yang pernah menggondol Anugerah Produk Terbaik tahun lalu bakal dilancarkan secara rasmi minggu depan di TM Shah Alam.

Acara ini akan dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai TM yang terlibat, RNO, staf & Pengurusan TABSB yang terlibat serta pihak berkuasa tempatan.

Menurut sumber terdekat, i-Watch akan sekali lagi dilancarkan di peringkat Negeri bermula Johor Baharu Mei depan.

Tahniah kepada TAB serta semua staf yang terlibat keseluruhannya di atas kejayaan i-Watch yang berjaya mengurangkan sejumlah besar pencurian cable TM di seluruh negara. Jutaan ringgit berjaya diselamatkan semenjak penggunaan sistem ini oleh TM.

TAHNIAH i-Watch