Wednesday, April 15, 2009
Kenangan Zaman Kegemilangan
Posted on 1:24 AM in by Pengurus Laman
Sebagai mengingatkan kembali nostalgia kegemilangan zaman aktif sukan TABSB suatu ketika dahulu, di sini kami paparkan aksi bolasepak yang pernah kita lalui dalam satu kejohanan liga terbesar di lembah kelang beberapa tahun dahulu.
Pasukan mantap TABSB dibawah kelolaan tuan pengerusi Kelab Komuniti, Sdr Shamsur dan dibawah bimbingan Sir Miji Fergesen selaku pengurus pasukan, kita melangkah gagah mengharungi pelbagai kejohanan peringkat tertinggi lembah kelang walaupun kejayaan terbaik hanya ke peringkat suku akhir Piala SSSM 2002 yang lalu.
Detik indah itu masih segar dalam ingatan sebahagian besar pemain yang masih tinggal di TAB. Justeru itu kita saksikanlah rakaman ini. Beberapa rakaman lain akan menyusul kemudian.
Sila lawati blog ini sedikit masa lagi untuk menyaksikan aksi lain pula yang akan melibatkan beberapa acara termasuk family day dan aksi team building.
Selamat berhibur!
Monday, April 13, 2009
iWatch - Masuk Final Tetapi Tak Menang
Posted on 8:24 PM in by Pengurus Laman
11 April, PWTCSekali lagi produk TAB tersenarai sebagai senarai final kategori innovation dalam TM Group Awards 2009. Selepas EZnett yang tersenarai tahun lalu kini giliran iWatch berpeluang untuk memenaginya tahun ini.
Majlis gilang gemilang yang berlangsung selama lebih 4 jam di PWTC itu diserikan dengan pelbagai aktiviti hiburan dan penyampaian pelbagai anugerah termasuk manager & executive of the year, innovation award dsb.
Agak mengecewakan iWatch gagal merangkul anugerah yang diharapkan memandangkan tiada pemenang diumumkan pada malam itu. Walaupun begitu wakil TAB sempat mengambil gambar bersama sijil & plak yang diterima untuk kenangan kita semua.
Syabas sekali lagi kepada team iWatch yang layak ke peringkat akhir itu
Sila klik gambar dibawah untuk melihat senarai penuh pemenang anugerah
Sunday, April 12, 2009
Pelancaran Rasmi Pilih Kasih
Posted on 9:00 PM in by Pengurus Laman
The Mines, 1 AprilPelancaran Rasmi & Sidang Media Program Pilih Kasih diadakan Palace Of The Golden Horses Seri Kembangan. Bermula jam 3 petang dihadiri semua yang terlibat penganjur program, RTM, Pengurus dan BD SMS Apps serta pihak media tempatan dan luar negara.
Bermula dengan sketsa pendek selama lebih kurang 15 minit dan diikuti dengan sessi soaljawab ringkas tentang program serta sistem undian SMS.
Lepas tu sessi fotografi, makan-makan dan kemudiannya soaljawab wartawan... pendekata pack lah jadual petang tuh.
Jadi untuk tatapan kalian yang tak hadir atau 'tak dapat hadir' sila klik gambar untuk kenangan.
Monday, March 16, 2009
Pilih Kasih : TAB Setapak ke Industri Hiburan
Posted on 12:40 AM in by Pengurus Laman
Seperti yang telah diketahui, 2009 bermulalah era TAB dalam industri komersial di mana projek perintis kelolaan Suhan Movies iaitu Program realiti TV PILIH KASIH akan mula ke udara pada 6hb Jun depan di TV2.Sebagai orang penting projek ini, Sdr Hafizi nampaknya akan menurut jejak langkah rakan belajar beliau yang seorang demi seorang mula mencipta nama dalam industri ini. Bermula dengan FBI(Hot FM), Ayau (Melodi)dan beberapa nama lain, kini tiba giliran Kupem pula yang bakal keluar di akhbar2, majalah mahupun TV sebagai jurucakap TAB berkenaan sistem SMS dalam program itu nanti.
Program realiti TV pertama mencari bakat berlakon ini akan mula menjelajah seluruh tanahair melalui sessi ujibakat bermula minggu depan. Khabarnya Rosham sendiri akan menjadi juri utama disamping artis lain pada setiap minggu sebagai juri jemputan nanti.
Sehingga kini telah beberapa sessi mesyuarat telah diadakan di antara pihak terlibat yang akan menjayakan program ini. TAB sendiri terpilih sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendalikan sistem undian SMS dan talian tetap.
Kerja-kerja berkaitan pembangunan projek kini telah mula dijalankan di mana ramai di kalangan staf TAB yang hardcore SMS telah mula bergiat. Semoga projek ini berjaya cemerlang tanpa kantoi kerana siaran langsung program ini akan ditonton diseluruh Malaysia nanti.
Update berkaitan projek ini akan disiarkan dari masa ke semasa...
Selamat Majujaya!
Pancaindera 15 Mac - klik gambar untuk membaca
Tuesday, March 3, 2009
Lagi Jemputan Kahwin Pantai Dalam
Posted on 11:41 PM in by Pengurus Laman
Bagi mewakili Pn Norhayati HR kita kami menjemput anda sekelian hadir di malis perkahwinan adik beliau cik Noorrasidah Abu Hassan bertempat diPusat Komuniti Lembah Pantai dekat Pantai HillPark.Adik beliau yang aktif aktiviti outdoor telah bersama TAB Adventure Team dalam beberapa event memanjat gunung beberapa kali dulu.
Majlis menyambut menantu tersebut yang dijadualkan pada Sabtu depan dianggarkan dihadiri beberapa VIP, selebriti serta sanak saudara rakan sekerja.Majlis ini merupakan jemputan kali kedua dalam 2 minggu berturut-turut selepas majlis ijabkabul Pn Lindas minggu lalu.
Pn Yati dan seisi keluarga dengan besar hati menjemput saudara saudari sekelian ke majlis itu nanti. sila klik ikan dibawah untuk peta lokasi.
Kami mengucapkan selamat menyambut keluarga baharu ke dalam keluarga beliau.
Nasi Lemak Kesyukuran 2
Posted on 7:05 PM in by Pengurus Laman
Bertempat di pantry k Ton tgk 16 Menara 2, kakitangan yang bertugas di faber Tower telah dihidangkan nasi lemak sambal udang oleh Pn Sumiyati.Kami di Faber mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Pn Sumiyati atas kesudian beliau menjamu sarapan pagi yang dahsyat ini.
Beliau yang juga sedang membawa budak dan dijadualkan melahirkan bayi kedua Jun ini tidak menyatakan sebab musababnya hanya menyatakan jamuan ini sekadar bersedekah di awal bulan.
Semoga selepas ini ada lagi jamuan seperti ini diadakan memandangkan khabarnya ramai staf yang telah menjual esos masing-masing.
Isnin & Tie/Tudung Korporat
Posted on 7:00 PM in by Pengurus Laman
Bermula Isnin lepas bermulalah penguatkuasaan tie & tudung korporat yang baru kepada kakitangan TM seluruh Malaysia. TAB sebagai anak syarikat juga termasuk dalam agenda korporat TM untuk tahun 2009 ini.Berikutan dengan itu semua kakitangan adalah diwajibkan mengenakan tie serta tudung baru ini pada hari Isnin dan semasa berlangsung majlis formal dalaman dan luaran termasuk mesyuarat.
Sesiapa yang masih belum mendapat tie dan kain tudung oren TM yang baru, sila mengambilnya di unit HR atau Pn Rosmiah. Setiap anggota hanya layak mendapat satu tie atau tudung sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)