Wednesday, February 18, 2009

TV, Kenaikan gaji & Bonus - Pihak Pengurusan Menjawab Persoalan

Pembuka tirai 2009 dengan menganjurkan sessi komunikasi & dialog pengurusan dan kakitangan disambut baik oleh kakitangan TABSB dimana dianggarkan seramai 93% kehadiran.

Majlis yang bermula agak lewat sedikit dari jadual kemudiannya berjalan lancar dengan ucapan pembukaan arah tuju syarikat serta pelancaran CMMI level 5 yang disampaikan oleh En Anuar Alias. Pelbagai topik penting berkaitan tahap prestasi syarikat serta fokus 2009 telah diterangkan dengan panjang lebar.


Untuk CMMI level 5 yang akan menjadi fokus utama agenda 2009 telah disampaikan oleh Melanie dengan menyatakan objektif khas serta kakitangan yang dilantik untuk menjayakannya pada tahun ini.


Majlis kemudiannya bersambung selepas semua yang terlibat menjamah jamuan yang disediakan. Sessi Q&A mendapat sambutan hangat di mana semua soal berkaitan keperluan pejabat, jumlah mainpower serta kenaikan pangkat dan gaji turut diutarakan.

Antara agenda penting yang menjadi tarikan utama majlis kali ini iaitu penganugerahan Sijil Penghargaan Khas yang diberikan kepada pihak yang terlibat dalam kejayaan syarikat sepanjang tahun lepas. Pelbagai pengiktiarafan termasuk Projek Paling Menguntungkan, Group Projek Terbaik, Pekerja Terbaik, Projek Manager Terbaik dan sebagainya. Senarai Lengkap akan dipaparkan sedikit masa lagi. Tahniah kepada yang menang!

Majlis yang diMCkan oleh pn Ezatul serta didoakan oleh sdr Gunx berakhir sekitar jam 6 petang. Pihak pengurusan berjaya menjawab beberapa persoalan yang diajukan dan ada diantaranya menunggu keputusan positif dan sangat-sangat diharapkan. Antaranya skala gaji kakitangan, kadar bonus tahunan serta Family Day yang sememangnya merupakan soalan popular di majlis sebegini.


Terima kasih kepada yang menanyakan soalan. Pihak pengurusan mengalu-alukan sebarang kemusykilan dan soalan di masa-masa akan datang. Juga terima kasih kepada pihak penganjur yang berjaya mengadakan majlis ini walaupun diberi notis di saat akhir.

Pingpong Persahabatan Dengan Opus - Pertarungan Sengit

Bagi merealisasikan pertandingan persahabatan pingpong Faber-Cyber, pasukan pingpong Faber telah mengadakan satu pertandingan persahabatan pingpong pemanas badan dengan team Opus, tkt 7.

Perlawanan 5 lawan 5 itu telah di aturkan oleh Tn Hj Malek Aziz dengan wakil Opus sdr Hairi dan dimulakan tepat jam 6 pm di Lift Arena Tkt 7.


Wakil pertama yang merupakan regu terhebat Faber iaitu sdr Rostam dan Haizam telah memulakan langkah garang seawal 5 mata pertama. Malangnya selepas itu mereka agak sedikit goyah memandang Team Opus yang kelihatan tenang sambil mempamerkan skil tahap dewa dengan hantaran pelbagai corak dan super spin. Team Tamo-Haizam ini akhirnya tunduk 2 set straight.

[Saksikan aksi super dari pasukan lawan dalam foto]

Team kedua mengambil tempat iaitu sdr Faiizal-Badang. Team ini merupakan team harapan kerana mereka memang dikenali dengan skil pukulan bunuh top spin backhand serta tamparan pimple berapi. Selepas beberapa pukulan nampaknya mereka juga kelihatan amat goyah bila mana semua hikmat yang cuba ditunjukkan tidak menjadi. Mereka kehilangan arah menyebabkan mereka juga turut tewas 2 set straight.


Sandaran seterusnya gandingan sdr Shamsur-Hj Malek mengambil tempat selepas pasukan import opis sebelah berjaya menewaskan team Opus staright set. Berbekalkan semangat yakin boleh mereka memulakan rentak melawan kental dengan pukulan backhand terkejut beberapa kali. Malangnya gandingan ini turut kecundang straight set sehinggalah pasangan harapan Faber terakhir masuk dengan seribu harapan. Mereka ialah sdr Haizam-Kroll. Mmmmmm....


... tak perlu ulas.... juga kecundang...


Sesungguhnya perlawanan ini merupakan pendedahan pertama dan sangat penting memandangkan status jaguh kampung tidak akan membawa kita kemana-mana. Kurang pengalaman menyebabkan wakil Faber agak gemuruh serta tak ketahuan bila pasukan lawan memberi tentangan berbeza dengan membawa setiap perlawanan secara rally serta asakan dengan corak pukulan pelbagai. Ternyata pasukan lawan cukup berpengalaman dan hanya memberi 30% tentangan.


Pihak penganjur akan mengadakan lagi beberapa perlawanan persahabatan sedikit masa lagi dan diharap sesiapa yang mempunyai team luar yang berminat bolehlah dipanjangkan kepada sdr Shamsur untuk dibuat perkiraan selanjutnya.


Selamat Maju Jaya!

Thursday, February 12, 2009

Program Komunikasi Telekom Applied Business

Seperti yang anda sedia maklum, TAB julung kalinya pada tahun 2009 akan menganjurkan satu program komunikasi kepada semua anggota TAB pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

Tarikh: 18hb Februari 2009
Masa: 3.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat: Cyberview Lodge Resort & Spa

Marilah sama-sama memeriahkan program itu nanti.

Bengkel eCert

Satu bengkel khas penggunaan eCert sedang dijalankan oleh unit pembangunan produk eSecurity diketuai oleh sdr Rostam di Kolej Multimedia jalan Semarak bermula minggu lepas. Bengkel beberapa hari ini dihadiri oleh bakal-bakal trainer dari seluruh negara terdiri dari kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif pelbagai bahagian.

Sdr Rostam yang dihubungi semalam menyatakan rasa bangganya atas komitment tinggi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat. Seramai lebih 30 orang hadir pada sessi pertama kelolaannya Isnin lepas. Bengkel yang turut di dikendalikan oleh sdr Shaiful, Ayin dan cik Alini ini telahpun masuk minggu kedua di mana lebih 100 orang telahpun diberi latihan khusus dan terperinci penggunaan eCert sebelum mereka kembali ke jabatan masing-masing untuk selanjutnya mengajar rakan sekerja mereka nanti.

Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal diawal sessi bilamana sistem mula tidak stabil kerana terpaksa memproses lebih 50 aktiviti serentak kemudiannya dapat diatasi dengan kepakaran tenaga pengajar serta developer yang sememangnya sudah bersedia jika berhadapan dengan sebarang masalah.

Bengkel ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan dan dijangka lebih ramai lagi akan hadir melebihi 150 orang dimana 3 kelas akan berjalan serentak.

Good Luck kepada semua yang terlibat. Diharap selepas ini segala perancangan ke arah menjadikan produk eCert di terimapakai sepenuhnya oleh TM akan dapat direalisasikan sebelum Jun tahun ini.

TAHNIAH!

Wednesday, February 4, 2009

Pengumuman: Terima Kasih Dermawan Palestin

Pihak urusetia kutipan Tabung Derma Palestin mengucapkan Setinggi-tinggi terima kasih kerna kesudian tuan puan menghulurkan sumbangan dalam tabung kutipan Derma Palestin yang dianjurkan sebelum ini.

Syukur kerana kita berjaya membuat kutipan sebanyak RM450 dan telahpun diserahkan kepada Aman Palestin Berhad.

Diharap perjuangan kita tidak berhenti setakat ini. Ianya penting bagi kesinambungan perjuangan menentang Israel pada setiap masa dan ketika. Buatlah sebarang usaha yang dirasakan perlu walaupun terpaksa berhenti merosakkan kesihatan dengan merokok kerana sesungguhnya hasil rokok memang diketahui menyumbang terus ke ekonomi yahudi.

Penggunaan eCert Untuk Staf

Selepas mesyuarat pengurusan pada hari Rabu lepas, pihak pengurusan memutuskan akan mengaplikasikan penggunaan sijil ecert kepada setiap anggota pada email syarikat. Justeru itu semua urusan berkaitan penggunaan email syarikat hendaklah menggunakan kemudahan ecert ini sepenuhnya.

Satu taklimat penggunaa ecert akan dibuat sedikit masa lagi. Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda bolehlah melawat laman web eSecurity untuk muaturun dan installation.

Anda juga boleh mengikuti kelas installation ecert oleh Pn Ezatul dengan melihat video tutorial ini. Sila klik di sini:

Tutorial Video

Jaket 10 Tahun TAB Sedia Untuk Tempahan

Bersempena ulangtahun ke 10 penubuhan TAB, pihak syarikat berkenan menghadiahkan cenderahati berupa Jaket khas semi-formal kepada semua staf. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memperkenankannya.

Bermula pada minggu ini sessi mengukur badan telahpun dijalankan di Faber. Mejoriti staf Faber telahpun diukur badan-badan mereka. Satu lagi sessi mengukur badan akan diadakan di Cyberjaya pada hari Khamis minggu depan iaitu 12 haribulan. Kepada staf TAB yang berkenaan sila hadirkan diri tepat jam 10 pagi kerana Sdr Shamsur akan berada disana untuk melancarkan sessi tersebut.

Sementara menunggu imbuhan tahunan (insyaallah) yang biasanya muncul February atau Mac setiap tahun, di harap jaket ini memberi inspirasi dan semangat awal tahun untuk kita bekerja lebih kuat pada tahun ini.

Diharap beri kerjasama sepenuhnya semasa sessi ukur badan ini bagi memudahkan urusan tempahan supaya ianya dapat awal sedikit kerana urusan menjahit memakan masa sekitar 2 atau 3 minggu untuk disiapkan.

Sebarang masalah berkaitan sila rujuk kepada sdr Shamsur atau Hairol di Faberjaya.