Wednesday, April 21, 2010

Family Outing 2010

Assalamualaikum wbt

Setelah perdebatan hangat berlaku berkenaan usul tempat outing kita...

pihak pengurusan sukarela kita telah sebulat suara memilih Tiara Beach resort sebagai destinasi pertama dan tarikhnya adalah pada 8 - 9 Mei ini.

Justeru itu adalah diharapkan kepada sesiapa yang berminat sila reply mesej ini untuk booking bilik sebab pihak TBR ingin membuat reserve pada hujung minggu ini.

Bilik
Ada 2 jenis bilik:(harga penginapan sahaja)

1. Studio - RM110 - 1 queen( 1 slide) bed - recommended untuk bujang
2. Family Studio - RM210 - 1 queen bed, 2 single bed- recommended untuk family

Walaupun begitu masih lagi belum ada kata putus berkaitan makan & minum sepanjang program. Pihak urusetia masih mencari alternatif terbaik untuk tujuan tersebut. Kami akan memaklumkan kalian sekiranya dah final nanti serta berapa kosnya sekali selain kos penginapan. Yang penting buat masa ini sila nyatakan tempahan bilik kalian yer.... selewat-lewatnya esok tengahari (jika lewat mungkin tak dapat bilik sebab ramai orang dapat bonus time yang sama...hehe)

Kerjasama anda sangat2 diharapkan bagi mengelak kesukaran nanti

Friday, April 16, 2010

Selamat Tinggal TAB

Semalam pihak syarikat telah berkenan menganjurkan satu jamuan khas perpisahan untuk 2 orang kakitangan TAB yang senior. Jamuan tengahari yang agak berat serta pemberian cenderahati menghiasi majlis. Pn Ayin dan Pn Ezatul adalah merupakan kakitangan terawal TAB selepas generasi secondees TM sebelum itu. Kedua-dua mereka yang berkhidmat melebihi 10 tahun sememangnya sudah masak dengan persekitaran serta suasanan bekerja TAB.

Kita mengucapkan selamat majujaya kepada mereka semoga mereka akan lebih cemerlang dan berjaya di masa akan datang.

TAB Family Day 2010

Assalamu alaikum

Objectif Family Day(FD)
Setelah sekian lama tanpa FD, staff TAB merasakan bagus juga diadakan pada tahun ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama kami.

Sponsor
FD kali ini berbeza dengan yang sebelumnya iaitu tajaan FD adalah tanggungjawap sendiri (Self Sponsor)

Bila dan dimana
Tiada ketetapan lagi untuk bila dan dimana, tetapi targetnya adalah pada 8/9 Mei ini di Tiara Beach Resort Port Dickson. Kita akan bermalam 1 hari sahaja.

Bilik
Ada 2 jenis bilik yg kami proposed:

1. Studio - RM110 - 1 queen( 1 slide) bed - recommended untuk bujang
2. Family Studio - RM210 - 1 queen bed, 2 single bed- recommended untuk family

Kalau nak bawak toto pun boleh

Tanggungjawap anda
Untuk persiapan kali ini, kami memohon agar kita semua dapat memilih bilik yang sesuai untuk anda supaya kami dapat booking lebih awal


Aktiviti yang dicadangkan
1. Mandi manda di kolam
2. Polo Air
3. Volley Ball Air

Aktiviti2 diatas bukanlah final, mengkin akan ada pertukaran atau penambahan bergantung kepada keadaan atau kehendak masing2. Idea2 anda sangat dialu-alukan kerana FD ini adalah untuk kita semua

Wednesday, October 28, 2009

Sambutan Hari Raya Sana Sini


Hari Raya kakitangan Faber
tempat: Faber tower tarikh: 9 Okt 2009

Sambutan Peringkat Faber secara kecil-kecilan telah diadakan walaupun hanya berbekalkan nasi briani gam Bangi berlaukkan ayam kampung, kambing dan daging kurma. Kakitangan TAB Faber sempat menggayakan baju raya terbaru dengan pelbagai fesyen terkini. Seperti biasa diakhiri dengan sessi fotografi berbagai aksi.





Hari Raya TAB peringkat KL
tempat: Cyber Ofis tarikh: 16 Okt 2009

Setelah beberapa tahun diadakan di Faber kini pihak pengurusan berkenan mengadakan majlis jamuan Hari Raya TAB di Cyber. Majlis yang diadakan sehari selepas sambutan Majlis Hari Raya TM di Royale Chulan Hotel pada hari sebelumnya. Walaupun tidak semeriah sambutan di Royale Chulan, Majlis sambutan rasmi TAB ini cukup meriah dengan pelbagai aksi & ragam kakitangan dengan pakaian berwarna warni. Jamuan yang disediakan juga agak memberangsangkan. Tetapi majlis semakin meriah menjelang sessi bergambar di beberapa tempat di dalam ofis, luar ofis, lif serta lobi TM kompleks.

Hari Raya TM peringkat Nasional tempat: The Royale Chulan Hotel
tarikh : 15 Okt 2009
Bertempat di The Royale Chulan Hotel, KL TM mengadakan sambutan Hari raya peringkat nasionalnya secara besar-besaran
. Majlis dimeriahkan dengan juadah pelbagai rasa serta band klasik undangan yang menyampaikan pelbagai lagu tradisional. Berbanding tahun sebelumnya yang kebiasaannya sambutan diadakan di lobi menara kita TM mencuba pengalaman baru dengan mengadakan majlis seumpamanya di tengah bandaraya KL. Antara tetamu VIP yang hadir termasuklan Bekas CEO Dato Abdul Wahid CEO-CEO GLC lain, Artis-artis jemputan dsb.

Semua aksi dan suasana jamuan untuk setiap majlis sempat dirakam dan boleh disaksikan melalui album gambar TAB.
Selamat menonton!

SMS Pilih Kasih - Sessi Taklimat Pkasih & Sessi Bergambar

Tarikh: Khamis 22 Okt 2009
Tempat: Faber Tower Office

Alhamdulillah setelah beberapa kali tertunda akhirnya team Suhan dan Emenem Display telah hadir ke sessi taklimat SMS Pilih Kasih.

Program Pilih Kasih yang disiarkan secara langsung selama 10 episod yang disiarkan di TV2 itu telah berakhir pada 15 hb Ogos lepas dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Khabarnya sambutan hangat yang diterima menaikkan program tersebut di atas tahta tertinggi pilihan penonton bagi program TV sepanjang bulan tersebut.

Sessi taklimat Perangkaan pendapatan SMS serta talian tetap dipengerusikan sendiri oleh CEO En Anuar Alias dan dibantu oleh beberapa orang kuat Pilih Kasih TAB antaranya En Hafizi sebagai BD Exec dan En Irwan selaku Pengurus Besar Projek.

Monday, October 12, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA-TABSB

Satu sessi jamuan peringkat TABSB akan diadakan di Ofis Cyber seperti dimaklumkan dalam email. Untuk tahun ini pihak pengurusan berkenan mengadakannya di Cyber memandangkan beberapa tahun sudah disambut di Faber. Jika tuan kalian masih ingat kita pernah adakan majlis yang sama di Lif Lobby tingkat 16 dan pada waktu itu ofis sebelah masih tidak berpenghuni...

Adalah diharapkan bersempena sambutan pada hari Jumaat ini kalian dapat hadir dengan memakai pakaian rasmi Hari Raya bersamping bersongkok dan sebagainya. Satu sessi photografi akan diadakan di perkarangan Komplek TM Cyberjaya.

Sekian harap maklum.
Selamat Hari Raya!

Thursday, October 8, 2009

Gambar Kenangan Aidilfitri 09

Sempena Aidilfitri yang baru berlalu, beberapa sambutan telahpun diadakan samada peringkat taman, kampung, pejabat dan sebagainya. Di Cyberjaya, pihak TM MSC telahpun mengadakan majlis sambutan aidilfitri pada 08 hb (Khamis) minggu lepas.

Pihak TAB yang telah bermurahati menjamu tetamu dengan 3000 cucuk Satay Kajang Hj Samuri berjaya menjadikan khemah kelolaan kita terhangat dipasaran. Sambutan luar dugaan telah diterima bermula jam 1100 pagi lagi. Tokey kedai yang terdiri daripada sdr Rezal, Mat Shah & Merso telah berhempas pulas menyediakan hidangan.

Khabarnya khemah kelolaan RND yang menyediakan 4 ekor kambing boer bersaiz giant juga mendapat sambutan hangat. Beberapa menu spesel telah dihidangkan antaranya Ais Kacang, Cendol Durian, Briani Gam, Buahan Tropika Mabeles dan banyak lagi. Pendekata jamuan pada hari tersebut sangat meriah dengan kedatangan ramai kakitangan TM Cyber serta beberapa orang jemputan TAB Faber yang sengaja mengadakan meeting di Cyber pada hari tersebut.

Klik pada gambar untuk melihat aksi lain...




CMMI- Progress Meeting Lepas Raya

Khamis 08/09/2009

Bermula jam 930 am dan dipengerusikan oleh Mel mesyuarat berlangsung selama lebih kurang 2jam di Cyberjaya Meeting Room. Pelbagai isu berkaitan CMMI dibincangkan termasuklah review terkini beberapa projek yang sedia ada serta projek baru antaranya TM Calling Card yang baru disenaraikan. Kehadiran terdiri daripada semua yang terlibat tetapi masih ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan beberapa hal lain.

Diharapkan kepada yang terlibat dapat menjayakan tugasan yang berkaitan bagi merealisasikan target 2009 iaitu CMMI Level 5.

Majlis kemudian disudahi dengan Jamuan Hari RND.

Tuesday, July 21, 2009

Diafah Restoran - Satu Penghargaan Awal

Jumaat lepas bertempat dia Restoren Arab Al-Diafah, Sri Petaling satu majlis makan-makan besar telah diadakan sempena penyenaraian akhir TAB sebagai sebuah syarikat 'Company of the Year 2009 TM' di dalam TM Group Award April lepas. Pihak syarikat yang memenangi cenderamata berupa sebuah tropi, sijil serta RM2000.

Alhamdulillah pihak syarikat telah bermuarah hati membelanja semua staff untuk menikmati juadah ARAB berdekatan stadium Bukit Jalil. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

Untuk itu disertakan bersama gambar2 sekitar majlis ini untuk ingatan bersama. Klik pada gambar.

Thursday, July 9, 2009

Penangan PK2

Assalamualaikum,



Kalau dah suka sesuatu rancangan itu, jangan kata apa-apa. Memang dah jadi fanatik pun. Itupun setelah puas dipujuk menonton barulah satu keluarga berminat dengan rancangan tersebut.

Begitulah gelagat sahabat-sahabat penulis yang sudah mula menjadi fans kepada rancangan PK. Apa itu PK? PK itu adalah singkatan kepada nama Pilih Kasih. Bak kata pepatah, genggam bara abu biar jadi arang, begitulah gelagat sahabat PK apabila fanatik sangat mengkritik rancangan berkenaan.

Sehingga sanggup untuk tidak lagi menonton PK gara-gara artis kesayangannya tersingkir pada minggu ketiga.

Apa yang menghairankan bila dah tak tengok PK berpaling tadah pula ke rancangan realiti yang lain iaitu AW. Apa itu AW? Lu pikirlah sendiri.... (saksikan gelagat sahabat penulis pada rakaman video yang dibuat)...

Adiosss...

Sunday, July 5, 2009

Penangan Pilih Kasih

Salam Semua,




Apalah rosyam ni... dah sampai 4 kali Zulin Aziz berada dikedudukan bottom 3 namun masih tidak dipilih untuk keluar dari rancangan Pilih Kasih.

Pilih bulu betul rosyam ni... dengar penulis komen seorang penonton semasa bertugas pada live show PK minggu kelima.

Itulah penangan realiti program. Ada yang berpuashati dan ada pula yang kecewa dengan pilihan pengundi-pengundi serta pilihan rosyam.

Dah namanya rancangan pilih kasihkan, nak salahkan siapa? memang betullah pilih kasih dan pilih bulu.

Namun menjelang minggu kelima rancangan ini sambutan makin hangat. Lihatlah video yang sempat penulis rakamkan. Dashyat wooooo... penuh tempat duduk dan riuh rendah suara penyokong masing-masing. Memang sememangnya hebat penangan realiti show ini.

Adiossss...

Saturday, May 16, 2009

Ketika Kejohanan...




TMNet, Cyber - Kejohanan Ping Pong Tertutup peringkat TM Cyberjaya telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei yang lalu.

Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan ini melibatkan seramai lebih kurang 50 pemain dari seluruh kakitangan TM cawangan Cyberjaya dan Putrajaya.

Memandangkan TAB mempunyai cawangan diKomplek TMNet, Cyberjaya maka seramai 7 pemain telah menyertai kejohanan kali ini.

Diantara pemain-pemain yang mewakili TAB adalah:

1. Rostam
2. Shamsur
3. Tarmizi
4. Rezal
5. Hairol
6. Haizam
7. Hafizi

Para pemain yang mewakili TAB kali ini bermain dengan penuh iqtizam dan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun sekadar mencatatkan keputusan berada diseparuh akhir bagi kategori bergu, namun semua pemain berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

Selamat maju jaya kepada pasukan ping pong pada kejohanan yang akan datang.

Wassalam

Friday, May 15, 2009

Menjelang Kejohanan



Menjelang kejohanan ping pong peringkat MSC Cyberjaya, dirakamkan gelagat beberapa pemain TAB berlatih.

Bermula awal tahun 2008 lagi, pihak TAB sudah menjalani latihan demi latihan bagi menghadapi kejohanan ini.

Semoga wakil-wakil TAB bakal membawa pulang sebutir piala pada kejohanan kali ini.

Selamat Berjuang!

Thursday, May 7, 2009



Warga TAB sekalian,

Jangan lupa saksikan program realiti Pilih Kasih 9 Mei ini (Sabtu) jam 8.30 malam di TV2!

Sessi Ujibakat Pilih Kasih di Alam Central, Shah Alam Sabtu dan Ahad ini. Pesanan dari Rosyam Nor sendiri sila hadir jam 3 ptg ke atas kalau nak bergambar . Bawa sedara mara bersama.

Jaket TAB


Setelah sekian lama menaruh harapan yang tinggi untuk mendapat jaket TAB sendiri untuk berwajah lebih segak dan kacak dari biasa, maka tepat JAM 10 pagi tadi tertunailah impian segenap warga TAB yang telah sekian lama menunggu detik menyarung JAKET Blue Black berlogokan cap TM. Design yang teristimewa berkonsep smart dressing buat kaum HAWA tidak dapat dinafikan. Apa komen anda setelah menyarung Jaket baru ini? Bagi penulis, terasa muda 10 tahun dan rasa terus nak bergambar..

Boling Kenangan Silam


Memandangkan bonus telahpun dapat disertakan dengan kenaikan (bagi yg bertuah)sehingga bulan 5 dan nak masuk bulan 6 masih belum ada lagi kedengaran akan diadakan aktiviti berkeluarga sesama kita. Justeru untuk mengenang kembali kita saksikan aksi boling terhebat oleh wakil cilik....

Wednesday, May 6, 2009

CATS FRS Workshop


Bertempat di Armada PJ dan berlangsung selama 2 hari, Satu workshop khas diadakan bersama pihak TM yang terlibat dalam projek CATS. Program ini berlangsung pada 28 - 29 April lepas.

Tuan penghulu Projek En Mfauzi bersama beberapa orang kuat projek terlibat memberi taklimat serta menjayakan bengkel FRS ini. Dibantu oleh Tn Hj Malek dan beberapa orang lain dari unit pembangunan perniagaan TABSB.

Kehadiran peserta seramai lebih kurang 20 orang ini berjaya merealisasikan proses awal sebelum UAT yang dijangka akhir bulan Mei ini.

Tahniah kepada yang terlibat. Satu lagi sumbangan pendapatan syarikat untuk tahun ini

Majlis Kahwin Adik pn Ezatul Ahad Ini

Pn Ezatul menjemput kita sekelian hadir majlis perkahwinan adik beliau Ahad ini di rumah mereka di Subang Jaya.

seperti dlm email:

Salam pada semua,

Saya dengan berbesar hati ingin menjemput semua sahabat-sahabat di TABSB ke majlis perkahwinan adik saya pada 10 Mei 2009 di No. 14 Jalan SS 14/5A, Subang Jaya antara pukul 12 tgh - 4 ptg.

Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat akan memeriahkan lagi majlis kami.

Eza

Website Oh Website...

Port Dickson, 5 Mei - Satu sesi workshop dan brainstorming telah diadakan di Tiara Beach Resort bertujuan mengemaskini data serta memberikan imej baru kepada laman web syarikat.

Sesi workshop dan brainstorming yang diadakan selama 2 hari itu telah berjaya mencambahkan idea-idea baru didalam menghasilkan informasi-informasi terkini untuk dimuatkan didalam laman web berkenaan.

Kewujudan laman web ini diharapkan bakal memberikan satu nafas baru didalam mempromosikan produk-produk syarikat yang terkini.

"Insyaallah, pihak kami sentiasa akan mengemaskini data-data dilaman web berkenaan," kata Faiizal Maaris dalam satu sesi temuramah dengan wakil blog.

"Diharapkan website ini tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, hanya sekali diupdate selepas itu senyap," komen Rostam pula.

Sila nantikan kewujudan baru laman web syarikat di www.tab.com.my.

Adiossss...

Thursday, April 16, 2009

Majlis Pelancaran Rasmi Sistem iWatch Rabu Depan



Produk cemerlang 2008 TAB iaitu i-Watch yang pernah menggondol Anugerah Produk Terbaik tahun lalu bakal dilancarkan secara rasmi minggu depan di TM Shah Alam.

Acara ini akan dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai TM yang terlibat, RNO, staf & Pengurusan TABSB yang terlibat serta pihak berkuasa tempatan.

Menurut sumber terdekat, i-Watch akan sekali lagi dilancarkan di peringkat Negeri bermula Johor Baharu Mei depan.

Tahniah kepada TAB serta semua staf yang terlibat keseluruhannya di atas kejayaan i-Watch yang berjaya mengurangkan sejumlah besar pencurian cable TM di seluruh negara. Jutaan ringgit berjaya diselamatkan semenjak penggunaan sistem ini oleh TM.

TAHNIAH i-Watch